Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, September 26, 2011

Ke Batu Feringgi

Assalammualikum w.b.t

Di hari minggu, bila dah tak balik kampung dan kebosanan menghantui jiwa masing-masing, akhirnya abang mengajak kami rilek-rilek kat Batu Feringgi. Kami p bertiga saja, aku, abang dan Amanie. Adik Oun keja jadi tak dapat la bawa dia bersama. lagipun ini plan yang tak dirancang pun. Kalau rancang haruslah awal pagi lagi dah p dah. Ini Jam 2 lebih kurang baru tehegeh-hegeh nak keluar rumah. Nasib la bila sampai kat sana jumpa parking yang dekat-dekat. Selalunya kalau p susah sangat nak dapat parking. Semua penuh. Tapi nasib kami ok hari tu. Nak kata orang tak ramai, ramai jugak la.

Saja jalan-jalan kat gerai-gerai kat situ. Dok usha-usha pelampung. Saja je pun. Tapi alih-alih abang nak beli pulak. Layan kan ajalah. Abang siap beli dengan short tuk dia lagi. Kami p sana tak dak bawa baju pendua pun.Baju pendua ada ke yer. hahaha..ye yer ja baju pendua. Tapi untuk Amanie adalah aku bawakan baju pendua untuk dia. Niat kami ke sana hanya untuk jalan-jalan kat atas pasir tu ja dan biar Amanie bermain-main pasir kat gigi-gigi pantai je. tapi dah jadi lain pulak. Abang teruja lak nak bawak Amanie berendam dalam laut tu. Aku ni macam worried jugak la. tak tahu nak cakap macam mana tapi aku memang takut la dengan laut tapi dalam masa yang sama aku suka permandangannya dan juga deru ombaknya. Cakap banyak pun tak gunakan. Layan gambar jelah..







dah macam minah indon dah mama ni:)

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi bila uplod gambar senget-senget lak. Tak tahu nak rotate jadi tak masuk langsung senang. Daripada dok sakit leher teleng-teleng tengok gambar tu baik tak payah masuk ye dakk..huhu...

0 Bisikan Asmara (::