Assalammaualaikum w.b.t
Bercerita mengenai wajah, semua yang bergelar wanita atau perempuan pasti inginkan kulit wajah yang sihat, bersih, putih, gebu, licin, pendek kata cantik la. Suatu ketika dulu, di zaman remaja kulit wajah mama ok ja. Nak kata cantik tu takda la kan. Tapi bebas dari jerawat dan segala parut-parut jerawat. Masa tu mama hanya pakai krim safi yang tutup hijau tu je. Memang kulit wajah tu putih mulus la.
Tapi, tu dulu...Sejak mama dah kahwin, jerawat mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Huhuhu...sangat tak suka tau. Sejak dari tu mama mula tukar-tukar produk penjagaan wajah. Mama cuba macam-macam jenama tapi tiada hasil yang memuaskan. Masa mama mengandungkan Amanie klit wajah mama bertambah teruk. Jerawat yang tumbuh tu meninggalkan kesan degil la plak. Degil betul nak hilang parut-parut tu. Adoyai tension betul perasaan ini.
Ermm, ikut rasa hati nak je cuba produk yang mahal-mahal. Tapi bila fikir-fikir balik, cam tak mampu pulak.hihi..Jadi sekarang ni, mama tekad cuba balik produk safi yang dah lama mama tinggalkan. Mama cuba produk safi rania gold. Terpengaruh juga mama dengan feedback positif dari pengguna SRG. Cuba je lah. Lagi pun harganya mampulah dimiliki. Semalam mama pi beli SRG. Mama ambil yang basic set untuk kegunaan siang. Dalam set tu ada pembersih wajah, toner dan serum. Katanya SRG bagus untuk awet muda. Harus lah cuba juga kan memandangkan umur ni pun dah semakin matang. Hahaha..Di samping tu, mama turut pakai semula krim safi yang tutup hijau. Ermm apalah kesannya nanti yer. Ker takda apa-apa kesan.huhu..harus sabar menunggu. Harap-harap produk ni sesuai la dengan kulit wajahku dan dapat la menghapuskan parut-parut yang bermaharajalela itu.
nampakkan parut2 kat pipi dan area bawah bibir |
harap produk ni dapatlah membantu diriku |
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment