Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, December 27, 2010

Pencarian Susu Buat Anakku

Assalammualaikum w.b.t

Erm hampir seminggu lebih eh mama tak berblogging. Kekangan masa membataskan segalanya. Cewahh.. Sekarang ni mama dok tercari-cari susu yang sesuai untuk Amanie. Ni adalah susu yang pertama mama perkenalkan untuk Amanie. Susu ni boleh tahan jugak la harga dia. tapi demi Amanie mama dan papa sanggup saja. Tapi rasanya Amanie tak sesuai minum susu ni sebab dia selalu ja muntah-muntah bila minum. Jadi mama dan papa tukar la susu.

 
Kami cuba susu ni pulak untuk Amanie. Amanie pulun sangat minum. Memang sentiasa licin la dia minum. Mama suka sangat. Tapi bab popow pulak yang menjadi masalahnya. Amanie susah sangat nak powpow. sembelit. Tiap kali nak powpow menangis-nangis. kesian anak mama jadi terpaksa tukar lagi.

Mama cuba susu ni pulak untuk Amanie. Habis licin jugak Amanie minum. Powpow pun senang. Alhamdulillah. Selesai sudah pencarian susu yang sesuai buat Amanie. Amanie sekarang dah pun 7 bulan lebih usianya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, mama buat cam biasa susu untuk anak mama. tapi Amanie tak nak minum. Ditolak-tolak dengan lidahnya. Mama pun pelik, selalu dia tak macam tu. Main kejap pastu merengek-rengek. Mama sumbat la lagi susu tu, tak mau jugak. Mama tahu dia lapar tapi dia tak mau minum. Pastu mama bagitau la papa, papa kata tambah sukatan lagi, mama turutkan aja.Alhamdulillah minum juga.
Pastu masa papa dapat gaji, papa terus p beli stock susu untuk Amanie. Di kedai sana, papa call, papa kata kat mama patut la Amanie tak mahu minum, sepatutnya susu Amanie perlu ditukar ke step 2 dah. Aduh macam mana mama leh tak perasaan eh. Amanie dok minum susu Dumex Dulac. So papa belikan yang terbaru Dumex Dupro. Tapi masih sama juga tak mau minum. Minum tu minum jugak la. Cumanya tak pernah habis dah sekarang. Minum cam main-main je. Perlu mencari-cari lagi susu untuk amanie.

Papa suruh cuba lactogen tengok. Erm..suma cuba yang murah-murah kan. Papa cakap kat mama, cuba yang murah-murah dulu. Tak Aanie tak mau juga baru kita cuba yang mahal pulak. Setengah baby tak sesuia dengan yang mahal tapi dengan murah sesuai. Macam kes Amanie yang pertma dulu. Beli yang mahal, tapi ada je problem.huhu..Ok, susu ni pun Amanie tak boleh terima. Dia muntah..kesian anak mama.
Yang ni last try susu yang murah-murah. Kat gambar tu langkah satu, mama ambik yang langkah dua untuk Amanie. Dah cakap kat papa kalau amanie tak sesuai juga ngan susu ni, nak try yang mahal-mahal pulak. Risau wey anak kurang minum susu. Alhamdulillah Amanie suka dengan susu ni. licin licin minum. Powpow pun macam biasa. Selesai sudah pencarian mama untuk anak tersayang. Tapi mama teringin nak bagi Amanie susu S26 Gold. Insyallah rezeki lebih nanti kita try eh sayang. Semua foto kredit to en google.

Wednesday, December 15, 2010

Amanie 7 Bulan

Assalammualaikum w.b.t

Gedix Di Pesta

Asslammualaikum w.b.t

Ni cerita last weeks. Baru nak update. Rentetan kedatangan famili mama, malam Jumaat lepas kami sekeluarga bergedix di Pesta Pulau pinang. Zasss gambar je lah..malas nak berkata-kata.Ecehhh...

Driver Perempuan Yang Main Redahhh Jewww

Assalammualaikum w.b.t

Ni saja nak cakap pasal karenah driver perempuan. Mama tahu mama pun perempuan jugak ye. Tapi mama sangat tak suka dengan driver perempuan yang main redah je (untuk mereka yang berkenaan sahaja). Yang drive berhemah tu ok la kan. Alkisah, baru-baru ni mama nak pi keja. dok tengah-tengah drive tu, tiba-tiba ada satu kereta ni, kelam-kabut ja nak masuk jalan mama. Sama-sama bagi signal tu terus je redah nak masuk, boleyy? Hati mula la nak panas kan. Bukan panas sebab dia potong turn mama, tapi panas dengan sikap tu. Asal bagi signal terus nak masuk. kalau driver yang kat lane tu tak perasan cam mana. kan dah susah. Lagi panas, bila dah masuk tu, leh pulak slow-slow macam siput dah tu dok syok pulak main tekan-tekan break. Aduii bikin panassss pagi-pagi. Mama apa lagi, ada peluang leh potong ja, terus potong kereta tu.Siap toleh kiri lagi tengok siapakah gerangan si driver tu. Ermmm kalau drive macam tu, dari awal-awal lagi mama dah agak mesti perempuan. Dan sangkaan mama memang betul. Mama cukup risau kalau tengah drive ikut belakang kereta ataupun berada kat depan kereta yang drivernya adalah perempuan. kan risau apa, takut kalau-kalau mama terlanggar dia atau dia terlanggar mama.Tapi tak semua driver perempuan bersikap begitu ye. Huhuhu..

p/s : Pagi-pagi lagi dah potong mood..apakah? 

Thursday, December 09, 2010

Baru Senang Nak Dukung

Assalammualaikum w.b.t

Balik dari kerja, pi ambik Amanie kat rumah BS. Kami bertiga keluar pi Giant. Nak cari puting botol baru untuk Amanie. Sekali papa belikan Amanie baby cariier. Murah je pun, beli pun kat Giant kan ;) Bila dah bayar tu, terus mama testing dukung Amanie guna menda alah tu. Fuh lega rasa, takdelah lenguh-lenguh lagi kan. Amanie pun duduk diam-diam je.hihi..Heran agaknya, napalah dia terkepit gitu. Dah tu asal dongakkan kepala ja mesti nampak muka mama yang comel.hahaha...Bagus-bagus senang la mama nak dukung Amanie lama-lama kan.

Amanie diwaktu petang-petang begini adalah waktu tidurnya. Tapi dah mama dan papa gedik nak bawak dia berjalan jugak terpaksa la menahan mata.hihihi..Masuk ja dalam kereta, ha mula la, papa belum start enjin kereta Amanie start enjinnya dulu. Yelah mata mengantuk perut lapar harus menunjukkan rasa ketidakpuasan hati kan.huhu...Mama pun sepantas kilat kasi la Amanie mamam susu. Tak lama lepas tu, tidur la dia. Mama dan papa terus ke Sunny Charkotiew. Dah lama tak pekena CKT. Masa makan tu, Amanie masih tidur. Bila dah nak balik baru dia jaga.

Tak sabar

Assalammualaikum w.b.t

Baru kejap tadi papa sms mama, tanya tau ke mak dan adik-adik nak datang rumah hari ni. Yeker, mama tak tahu pun. Tergamak korang menganaktiri dan mengkakaktirikan hakak yer. Lebih-lebihkan abang ipar dan menantu nampak. Siap korang nanti :)

Baru semalam mama call kat mak. Saja teringat, dah lama tak balik kampung. Mak kata nak mai Penang tapi tak jadi. Tak sangka sungguh jadi pulak yer. Mak bagitau dia teringat kat Amanie.huhu...yelah nak buat cam mana kan. Keadaan tak mengizinkan kami bertiga untuk balik ke kampung buat masa la.ecehhh...

Tak sabar plak rasanya nak jumpa diorang semua ni. Mama pun rinduuuuuu sangat-sangat. Terasa lambat pulak masa bergerak hari ni. Aduiii..Tak sabar nak pi ambik diorang ni. Tak tahu nak pi ambik kat jeti atau kat seberang pulau nu. Tapi kalau diorang sampai petang sangat, susah sket nak pi sana. tak tahan nak menghadap kesesakan lalulintas. Tengok keadaan camna nanti. kalau susah sangat pi ambik kat jeti ja, tunggu diorang naik feri.

Malam ni atau malam esok mungkin nak bawa diorang pi jalan kat pesta penang kot. Haihh jam cepat la pusing....

Tuesday, December 07, 2010

1st Time

Assalammualaikum w.b.t

Last weekend mama ngan papa saja try-try bawa Amanie p shoping sekali. Kebiasaannya jika nak shoping mama akan tinggalkan Amanie kat BS. Tapi kali ni saja nak bawa. kesian Amanie kan asyik duk rumah ja. dah dekat 7bulan dah umur Amanie tapi mama tak penah sekali pun bawa keluar shoping-shoping dan jalan-jalan. Sorry sayang.. Bukan tak mau bawa tapi bimbang Amanie buat perangai bagai nanti. Habis la mama.hehehe..

Dan untuk pertama kalinya ini, Amanie sangat-sangat la baik. Diam ja dia, bila dah bosan dia membebel-bebel sorang-sorang. Tapi sangat tak sangka dia tak menangis langsung. Kalau dah jadi budak baik camni, nampak gayanya lepas ni dapat la mama dan papa bawak Amanie lagi soping-shoping.

Malam Ahad, papa janji nak bawak mama dan Amanie lepak-lepak kat Quensbay. Tapi sebelum tu papa nak pi ambik kereta kat kawan papa dulu. Kawannya pinjam kereta pulak. Sementara papa pi ambik kereta tu, mama kasi Amanie minum susu dulu bagi kenyang-kenyang dulu nanti takut meragam lak ia. Ada pulak Amanie nak tidur, mama haishhhh kat dia terus buka mata balik.hehehhe..Noty mama tak kasi Amanie tidur lagi. Kata nak jalan harus tak leh tidur lagi yer sayangku. kat Quensbay Mak datuk punyala ramai manusia. nak park kereta pun susah. Amanie pun baik time ni. Anak mama dah besar, mau jalan-jalan dah yer. Mama beli papaya untuk Amanie. Semua dia makan. Bagus-bagus. buah-buahan tempatan bagus untuk kesihatan yer. Masa balik tu, baru Amanie tidur. Suka hati mama dapat bawak Amanie jalan-jalan. tapi kalau maktok kat kampung tahu, mama dan papa bawak Amanie keluar malam-malam ni, habislah kami dua kena bebel. huhu..Itu jelah kisah weekend kami bertiga yang 1st time untuk Amanie :)


p/s : Mama dah lenguh-lenguh dah dukung Amanie tau:)

Salam Maal hijrah

Assalammualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah untuk semua. Semoga di tahun baru ini, kehidupan kita lebih baik dari yang lepas-lepas. Di tahun baru ni juga, mama akan cuba merealisasikan azam mama yang masih belum tercapai sepenuhnya. Rasanya di tahun ini segala perancangan lebih kepada kerjaya. Cuba untuk menambahkan kesenangan keluarga. Lebih-lebih lagi untuk puteri kesayangan. Mama ngan papa nak anak mama hidup dalam keselesaan. Walaupun tak mewah, tapi alhamdulillah dengan rezeki yang diberi, mama ngan papa dapat juga sediakan segala keperluan anak mama. Harapan mama kali ni agar ditahun baru ini akan memberi sebuah permulaan yang baru, yang baik untuk keluarga kecil kami.