Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Saturday, February 08, 2014

R.I.N.D.U

Assalammualikum w.b.t

Lama tak menjengah kat sini.Tetiba rasa rindu nak mencoret-coret di sini.Alhamdulillah masih lagi bernafas di pentas dunia ini.Anak-anak sihat dan semakin membesar lantas semakin nakal;)

Lebih kepada nak bercerita hal anak-anak.Anak pertama kakak Amanie dah masuk 4 tahun tahun ini.Manakala adik Arissa dah setahun 4 bulan.Cepat betul masa meninggalkan kita.Mama dan papa pun dah semakin makin matang.Hahaha..tua dilarang sebut..sensitif...kuikuikui...



Ini kakak Amanie.Dah jadi anak dara dah ni.Kakak Amanie sejak ada adik bukan main manja lagi dia.Tak boleh silap sikit pasti menangis.Menangis tapi air mata tak keluar pun.Drama ja lebih.huhu..Minta perhatian mama dan papa la tu sayangkan.Paling tak tahan adik jerit-jerit kat dia pun boleh nangis.Wah wah sensitip benar kamu ye.hihihi...Kalau mama larang buat sesuatu yang mama tak suka, kakak macam disuruh-suruh pula.Tapi kalau papa yang larang boleh pulak kakak duduk diam-diam aja.Haihhhh anak mama ni.Nakal dengan mama ehhhh....

Kalau mama ajar apa-apa kakak cepat ingat.Alhamdulillah..Tiap-tiap malam bawa buku kat mama suruh mama ajar.Tapi kadang-kadang mama letih sangat terskip juga mengajar kakak.Sorry ye sayang.Tapi cuma satu je mama tak tahan ngan kakak,bila dah dapat pencil atau pen tau-tau ja dinding rumah dah jadi mural kakak kerjakan.Kreatif la sangat ye.huhuhu.. Mama ingat tahun depan Mama nak hantar kakak p school.Tengok la macam mana kan.



Ini pula adik Arissa.Pun dah besar..Adik suka buli kakak.huhuhu...Noty.Walau dah setahun lebih umurnya tapi masih tak boleh jalan lagi..Lambat pula perkembangan adik.Mula-mula mama risau takut tak normal apa ke kan.Tapi doktor cakap selagi adik actif itu adalah normal.Cuma adik lambat sikit.Lega dengar penerangan doktor.Adik dah boleh bangun berdiri sendiri tanpa bantuan.Cuma nak angkat kaki melangkah tu tak terangkat.Mungkin adik takut.Takpa adik pelan-pelan ye sayang.

Walaupun adik tak boleh jalan,Ya ampun penat juga mama nak kejar dan tangkap adik.hahaha.. Adik Suka memanjat meja dan kerusi.Tengok-tengok aja dah dok atas meja atau kerusi.Risau mama takut jatuh.Mulut toksah cakap la potpetpotpet dah macam bertih jagung dah..kihkihkih....


Haa inilah mama dan papa kepada kakak Amanie dan Adik Arissa.Ermm papa maintain ja.Mama ja macam dipam-pam.Ke baju tu yang membuatkan mama nampak kembang.kahkahkah...Mama nak kurusss.huhuhu....Pasrah je lah..nangis..






posted from Bloggeroid

0 Bisikan Asmara (::