Assalammualaikum w.b.t
Hari ni saya nak share mengenai pentingnya pengelupasan kulit wajah. Sebenarnya pengelupasan kulit wajah merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah kekeringan kulit, pertumbuhan jerawat dan penuaan pada kulit dimana proses peeling ini mampu memulihkan kulit kita menjadi sihat berseri.
Kenapa Proses Peeling Itu Penting
-Untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit
-pengumpulan sel-sel mati akan mengakibatkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
-sel-sel mati itu juga menyumbang kepada masalah umum kulit jerawat, jeragat, liang pori terbuka dan 'blackhead'
Penyebab Utama Sel Kulit Mati
-kesan daripada sinar UV matahari
-cucian wajah yang tidak sempurna menyebabkan kotoran terkumpul dipermukaan kulit.
Kesan & Akibat
Sekiranya pengelupasan dibuat mengikut cara yang betul (teknik, bahan &
kekerapan), sudah pasti kesan buruk dapat dielakkan. Antara kesan sampingan
atau komplikasi yang boleh berlaku termasuk:- Keradangan kulit (merah & pedih) untuk 1-2 hari selepas prosedur.
- Kulit menggelupas atau berkuping.
- Parut (utk pengelupasan jenis dalam)
- Hypo/ hyperpigmentasi ( untuk mereka yang mempunyai ton kulit gelap)
Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut nasihat dan tip penjagaan yang diberi oleh pakar atau doktor agar sebarang komplikasi dapat dielakkan. Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal, namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit akan tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan hanya dibuat setiap 20-30 hari.
Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.
Kebaikan lain:
Kebaikan pengelupasan kulit menyebabkan terhasilnya banyak produk pengelupasan terjual di pasaran. Namun, perlu diberi perhatian tentang kandungan bahan aktif dalam setiap produk tersebut. Ini kerana bahan seperti asid TCA atau ‘phenol’ yang lebih kuat kesan pengelupasannya boleh menyebabkan kecederaan kulit yang lebih serius. Sekiranya perawatan pengelupasan kulit dilakukan secara teratur dan berkala, malah dilakukan oleh pakar serta penggunaan bahan yang sepatutnya, hasil yang memberangsangkan mampu tercapai
·
Kurangkan jerawat/parut jerawat
·
Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
·
Kurangkan kedutan/garis halus
·
Kurangkan kesan parut luka/ bedah
·
Seimbangkan ton warna kulit
·
Kecilkan liang pori-pori
·
Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
·
Mengawal ‘stretch marks’
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment