Assalammualaikum w.b.t
19 Oktober 2012 - Jumaat
Hari ni last day aku keja. Masa ni kandungan aku dah masuk 37 minggu.Abang pulak dah enam hari start kursusnya di port Dickson. Tinggallah aku berdua dengan anak sulungku Amanie. Sejujurnya, masa ni aku memang dah tak berapa cergas lagi dah yelah perut kan dah membesar bagai johan dengan Amanie yang lasak lagi. Sebenarnya abang nak tolak kursus tu tapi aku yang tak bagi sebabnya dah selalu2 sangat dah tolak kan..buat jelah bukannya lama sangat pun sebulan ja.huhuhu..Tapi dalam hati tu berdoa harap sangat bila masa aku nak besalin nanti abang dapat lah temankan aku.huhuhu..Tiap kali solat pasti aku mohon agar dapat bersalin di sisi abang. Hari ni adiku siti datang ke umah aku..Planningnye esok hari aku ikut dia balik kampung, bersalin kat kampung senang ramai ahli keluarga di sana.Abang call bagitau dia balik harini. Cuti weekend ja pun. Aku tak bagi di balik baru seminggu ja p dah nak balik tapi abang tetap nak balik. dan abang sampai rumah dalam pukul 2 pagi kalau tak silap aku lah..
20 Oktober 2012 - Sabtu
Pukul 4 pagi, perut aku rasa semacam ja. Perut mengeras, dan rasa macam senggugut then kerap buang air besar.hahaha..dari pengalaman yang lepas macam ni jugak rasanya. Perut mengeras, sakit pastu okey. Then jadi balik macam tu. Tidur memang tak lena dah. Aku kejutkan abang nak ajak dia p hospital. boleh abang kata tunggu pukul 7 pagi boleh tak..huhu...yelah aku faham abang kan baru je sampai pukul 2 tadi semestinya dia mengantuk. jadi, aku paksa diri aku tido dulu tapi xdapat lak nak lelap. Terus aku bangun, mandi dan siap2 barang keperluan untuk dibawa ke hospital dan juga barang2 Amanie. Mana la tahu kan nanti p hospital aku kena admit ke kan.maklumlah kandungan aku pun dah cukup-cukup masa dia dah orang kata. Aku siap basuh baju kotor abang lagi. Sambil2 buat keja tu dalam hati dok berdebar2 takkan arini kot aku nak bersalin. Tapi andai kata harini aku bersyukur sangat sebab doa aku dimakbulkan agar aku bersalin di sisi suamiku.Terima kasih Ya Allah.
7.00 Pagi.
Abang bangun dan siap2 untuk bawa aku ke hospital. Amanie pun terjaga sekali. Dia nangis-nangis nak ikut. Kesian dia.Aku tinggalkan Amanie dengan adikku. Masa ni belum ada apa2 tanda untuk bersalin pun. Yang ada cuma tanda mengeras n sakit macam senggugut tu ja.itu sakit contraction kan. Sakitnye belum kuat sebab aku masih mampu tersenyum.hehhe. Sampai di hospital lebih kurang 7.30 pagi macam tu terus p bilik check- up. Aku belum sarapan ingat lepas check-up baru nak p minum ngan abang. Doktor check katanya jalan dah buka 3.5cm dan automatik aku kena admit. Boleh lagi aku mintak kat doktor tak mau admit kat hospital penang sebab aku nak balik bersalin di alor star. doktor tak mau lepas kan aku katanya ni kelahiran anak kedua biasanya lebih cepat dari kelahiran ank sulung. Aku dengar juga apa yang doktor advise kalau tak mampus aku.hahaha...masa doktor dok check aku tu abang tunggu aku kat luar.Selesai ja doktor check dan nurse nak hantar aku ke wad aku keluar tengok abang tak de..hanset bagi abang pegang. Aduhh macam mana aku nak bagitau abang yang aku kena admit ni. Nurse suruh aku tukar baju.
8.45 Pagi
Aku dah siap tukar pakai baju hospital. Nurse suruh aku p baring kat 1 satu katil tu nak check contraction. Masa p tukar baju tu nampak abang kat kantin dok minum nak call hanset ada kat abang. lepas check contraction aku minta pada sister nak turun bawah sekejap nak jumpa abang. Mulanya sister tak izinkan tapi setelah dipujuk rayu olehku akhirnya dia izinkan.Sakit contraction masa ni makin kerap tapi aku masih mampu bertahan.Jumpa abang bagitau abang yang aku admit dan doktor bagitau bila-bila masa saja aku boleh bersalin.Abang bawak barang aku ke atas wad.
9.30 Pagi
Masa dok sembang-sembang ngan abang tiba-tiba aku rasa macam air turun. Turun air bercampur darah. Abang pegi bagitau nurse. Kemudian nurse dan doktor datang. Doktor check jalan dan katanya dah 4cm dan aku perlu segera dihantar ke Labour Room(LR). Masa ni sakit contraction masih sama seperti tadi. Aku masih relax macam tak ada apa2. Nurse call nurse di LR suruh siap2kan bilik untuk aku.10.15 pagi baru aku boleh turun ke LR. Abang bagitau aku dia nak keluar pegi beli top up nanti dia datang balik. Aku minta abang cepat2 sket sebab aku takut nak ke LR tanpa abang di sisi
10.15 Pagi
Nurse dah tolak aku pegi LR. Abang ikut sekali. Tapi bila sampai di LR nurse minta abang tunggu kat luar dulu nanti baru diorang panggil masuk.Masa ni sakit contraction aku dah mula kuat dan sangat kerap.Sakit sangat.Doktor lepas sorang-sorang dok mai ambil keterangan dari aku. Tanya macam-macam.Dah la aku sakit sabarr je lah..Dalam dok menahan sakit tu aku nampak abang masuk. Abang tanya nak makan apa-apa tak memandangkan aku belum makan apa-apa lagi. Aku tak nak lah dok tahan sakit mana ada selera nak makan. Bila doktor pasang drip sakit semakin kuat.Then,Datang doktor pakar tanya aku nak ambil ubat tahan sakit ke tak. terus aku kata nakkkkk sebab sakit sangat tak tahan dah. cakap banyak pun tak mau dah.huhuhu...Aku suruh abang tanya doktor kenapa tak bagi2 lagi ubat tahan sakit tu aku dah tak tahan betol dah ni..Doktor pun masuk dalam LR dan bagitau carta jantung anakku tak begitu baik jadi doktor tak dapat nak bagi ubat tahan sakit tu sebab takut effect ke anak. Diorang nak tunggu jantung anak okey baru boleh bagi ubat tu.huhuhu....Nampaknya kali ni pun aku tak ambil ubat penahan sakit. Dalam hati berdoa agar anakku selamat.Sekali lagi doktor check jalan dan dah buka 7cm.
11.00 Pagi
Sakit makin kuat dan terasa seperti mau push. Nurse yang ada dalam bilik ni tak bagi aku push lagi katanya lambat lagi.Tapi aku tetap push juga bukan tak mau ikut cakap tapi secara automatik bila sakit kuat tu datang terus rasa nak push. Doktor check sekali lagi dan katanya dah cukup. terus diorang ramai-ramai dok pulun bagi semangat pada aku untuk hantar anakku itu.Abang pun sama dok bagi semangat. Punya la riuh rendah dalam bilik tu, rasanya suara nurse-nurse dan doktor lagi kuat dari suara aku yang sakit ni kot.huhuhu..Banyak kali aku try push tapi anak tetap tak keluar. Doktor dan nurse, juga abang terus bagi semangat padaku, mereka kata dah nampak kepala anak tapi aku dah tak larat. Lastly, doktor ambik keputusan untuk guna bantuan vacum sebab anak dah terlalu lama sangat dah kat dalam isau anak lemas memandangkan air ketuban dah turun lama dah.Masa ni doktor dah minta abang tunggu diluar.huhuhu...
11.43 Pagi
Setelah bertungkus lumus(betol ke ayat ni eh)hehehe...akhirnya alhamdulillah anakku selamat dilahirkan kedunia ini. Semasa anakku keluar tiada tanggisan yang kedengaran. Doktor bertungkus lumus memberi rawatan kepada anakku.Allahhuakhbar semoga anakku selamat hendaknya.Doktor pakar kanak-kanak dihubungi untuk memberi rawatan kepada anakku. Aku melihat anakku di kejauhan. Kesiannya anakku. maafkan mama sayang kerana tak dapat cepat2 keluarkan mu dari rahim mama.huhuhu..sedihhh...Akhirnya anak kesayanganku menangis juga tapi perlahan je doktor tidak puas hati. Mereka bersihkan anakku dan terus bawa ke dadaku. kemudian doktor bagitau aku anakku perlu dihantar ke wad NICU untuk observe pernafasannya.huhuhu...setelah itu doktor mulakan sesi jahit menjahit plak.Bila selesai semua diorang bersihkan aku dan biarkan aku berehat di situ. Rasanya aku tertido
2.30 Petang
Terjaga dari tidur aku masih di dalam LR. Aku minta air kat nurse. Dahaga sangat..Nurse datang beri air milo, roti dan nasi untukku. Aku hanya minum air dan makan roti.Dok tertunggu-tunggu mana abang ni.Lama jugak aku kat LR.Bosan sangat tertidur lagi.hehhe
4.30 Petang
Nurse hantarkan aku ke wad. Abang tak de pun kat katil aku. mana abang p ni.sedih sebab kena dok sorang-sorang.Time ni dah time melawat. dekat pukul 5.00 petang macam tu nampak abang dan Amanie terus suka sangat.pengasuh Amanie pun datang jugak. Mak, adik, tok dan lang pun datang tengok aku. Mak bawak balik Amanie dulu ke kampung memandangkan aku dan anakku belum tahu bila boleh keluar.
9.30 Malam
Abang datang lagi kat aku. Abang bawak aku p tengok anak kami kat NICU. Jumpa doktor dan doktor bagitau yang anak kami okey tak de apa yang perlu dirisaukan.Mukin esok atau lusa dah boleh keluar.Alhamdulillah kepala anakku tak berbenjol akibat dari vacum.Abang bagitau aku abang sambung cuti lagi sampai ari selasa.
Inilah kisah pengalaman melahirkan puteri kedua kami yang diberi nama Nur Aimey Arissa Bt Wan Muhd Syakir. Cahaya Keberkatan dan juga kekuatan itulah maksud disebalik nama tersebut. Semoga anak ini sentiasa mendapat keberkatan dan kekuatan dalam dirinya untuk menjadi khalifah dibumi ini.semoga anak ini menjadi anak yang solehah buat mama dan papa.Aminnnn
Apa yang boleh aku rumuskan dari pengalaman ni, aku sangat2 bersyukur dan berterima kasih kepadamu ya Allah tuhan yang maha pengasih dan penyayang kerna doaku untuk melahirkan anak kami disisi suamiku termakbul. Syukur sangat.Aminnnn Ya Rabbala'laminn...
Terima kasih suami kerana sanggup bersusah senang dengan diriku..setia hujung nyawa:) |
0 Bisikan Asmara (::
Post a Comment