Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, January 30, 2013

Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai VCO



Assalammualaikum w.b.t


1. Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO?


Jawapan : Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyaAllah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi.

2. Tak bertambah berminyak ke bila sapu softgel ni dekat muka?

Jawapan : Tidak. Cuma ianya oily bila mula-mula sapu dekat muka je. Lepas tu, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita tu.

3. Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO ni, akan bertambah kurus lagi ke?

Jawapan : Tak. jika anda dah kurus, jangan risau anda takkan lagi kurus dan ia hanya akan maintainkan metabolisma badan anda. makan vco selepas makan sebab metabolisme dah tinggi. Cume yang untuk metabolisme rendah je dia akan naikkan. So don't worry ok!

4. Lelaki boleh makan jugak ke?

Jawapan: Ya! Lelaki pon boleh makan. Lelaki dan perempuan memang digalakkan makan VCO ni as supplement. VCO tak pilih jantina ok.

5. VCO ni sesuai dengan semua peringkat umur ke?

Jawapan : Of course semua peringkat umur digalakkan makan VCO ni. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua. Umur 8 tahun pon ada yang makan.

6. Halal ke VCO ni?

Jawapan : VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

7. Betul ke VCO ni tak ada side effect apa-apa ke?

Jawapan : Insyalah tak ada side effect apa-apa. Sebenarnya VCO ni bukan ubat atau ada bahan kimia yang boleh jadi side effect apa-apa. Ia hanyalah makanan tambahan yang bagus untuk kesihatan kulit dan 100% organik. Jadi, jangan bimbang k.

8. VCO ni untuk muka je ke?


Jawapan : Oh mesti lah tak. Banyak lagi kebaikan-kebaikan VCO ni.
Setakat ni feedback2 positif dari pengguna VCO :-
  • Mengurangkan muka berminyak sehingga 70%
  • Jerawat cepat susut
  • Parut makin pudar
  • Regular balik period
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Metabolisme makin tinggi
  • Kesuburan
  • Kulit rasa lembut dan halus
  • Batuk-batuk cepat hilang
  • Mengurangkan senggugut
  • Kurangkan allergic / alahan
  • Lebat & lentik eyelashes
  • Mengurangkan darah tinggi & kencing manis
  • Mengurangkan tidur berdengkur

9. Takpe ke ibu mengandung amalkan VCO ni?

Jawapan : Pengambilan VCO semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyaAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan.

Antara kebaikan & kesan pengamal VCO selama tempoh kehamilan :-
  • Kurang masalah keletihan & tidak bertenaga semasa bekerja
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat/berminyak walaupun perubahan hormon berlaku sewaktu hamil
  • Sistem penghadaman/pencernaan lancar-tiada masalah sembelit
  • Tiada masalah keputihan sewaktu hamil
  • Masalah kulit meregang/merekah dapat di atasi (strechmark)
  • Kulit bayi cantik, tiada jaundis/kuning
  • Sentiasa bertenaga dan tidak letih(dalam tempoh 10 hari awal berpantang)
Untuk sebarang pertanyaan & order,

sila email saya di

atau

PM saya di FB

Sertakan detail seperti berikut:-

Nama:
Alamat lengkap:
No Telefon:
Item:
Jumlah Pesanan:

TIPS MENGAJAR ANAK

10 TIPS MENGAJAR ANAK (sumber dari majalah pa&ma)

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Review : Produk A-Dha Skincare

Assalammualaikum w.b.t

Haii..harini saya nak share something mengenai produk A-Dha skincare. Sebenarnya saya baru try skincare A-Dha ni adalah dalam sebulan lebih dah guna. Produk ni dari indonesia. Matlamat utama saya mencuba produk ni adalah untuk menghilangkan parut-parut jerawat yang ada kat muka ni. Semasa mengandung anak ke dua, sekali lagi muka saya diserang jerawat. Orang kata pembawakan budak. Sama macam mengandungkan anak pertama suatu waktu dulu. Jerawat bermaharajalela tumbuh dimuka dan meninggalkan kesan parut degil yang susah sangat nak hilang.



Haa..ni la dia A-Dha skincare...Saya teruja sangat nak cuba bila baca review dari seorang blogger  sebelum dan selepas guna skincare a-dha ni. Sangat obvious perubahannya.Ce uolls tengok kat sini kakyaohyaya. Masa guna produk ni tak boleh pakai sebarang make up pun sebab muka dalam proses perawatan.tapi kalau nak pakai eyeliner, lipstick dan eyebrow tak de masalah. Saya pengguna A-Dha Skincare set pink dan  bagi saya produk ni best sebab saya tak perlu lagi nak susah payah tempek foundation dan compact powder kat muka dah. Walaupun tanpa bedak muka still nampak fresh dan gebu gitu..Gebu la sangat kan..hehehe...



Meh nak ceciter sket pasal produk ni. yang sebelah kiri tu SET PINK dan satu lagi SET HIJAU.
Set Pink - untuk 40 tahun kebawah, kulit normal/berjerawat.
Set Hijau - untuk 40 tahun ke atas, kulit berjerawat yg sensitif, pigmentasi
1 set - sabun, serum vit c,e,collogen, krim siang dan krim malam

 MANFAAT / KEGUNAAN :
♥ Melembabkan, Memutihkan dan Mencerahkan kulit
♥ Membantu menghilangkan dan menyamarkan noda /flek hitam
♥ Mencegah timbulnya jerawat
♥ Menyamarkan garis halus
♥ Memperlambat tanda-tanda penuaan
♥ Mengecilkan pori-pori


Perhatian, suka untuk saya ingatkan keberkesannya bergantung kepada cepat atau lambat kulit anda bertindak. Ada setengah makan masa dan ada juga yang dalam tempoh sebulan dah memberi hasil yang sangat owsem:) Penggunaan mestilah konsisten. jangan sekejap pakai sekejap tidak.Jika guna tak konsisten sendiri mau ingat la yer..hehhee..


Jadi takkan nak tunggu tengok je..cubalah sendiri dan rasakan perbezaannye:)
kalau siapa berminat nak try this product email saya
 iieda82@gmail.com atau
SMS/WHATSAPP 014-7453667


Tempek sket my photo selepas penggunaan a-Dha skincare..Muka saya bebas dari sebarang bedak atau foundation. Tanpa edit hanya masukkan watermark je.Sejujurnya parut2 masih ada tapi semakin menipis:)

Pengalaman Bersalin Anak ke-2

Assalammualaikum w.b.t

19 Oktober 2012 - Jumaat
Hari ni last day aku keja. Masa ni kandungan aku dah masuk 37 minggu.Abang pulak dah enam hari start kursusnya di port Dickson. Tinggallah aku berdua dengan anak sulungku Amanie. Sejujurnya, masa ni aku memang dah tak berapa cergas lagi dah yelah perut kan dah membesar bagai johan dengan Amanie yang lasak lagi. Sebenarnya abang nak tolak kursus tu tapi aku yang tak bagi sebabnya dah selalu2 sangat dah tolak kan..buat jelah bukannya lama sangat pun sebulan ja.huhuhu..Tapi dalam hati tu berdoa harap sangat bila masa aku nak besalin nanti abang dapat lah temankan aku.huhuhu..Tiap kali solat pasti aku mohon agar dapat bersalin di sisi abang. Hari ni adiku siti datang ke umah aku..Planningnye esok hari aku ikut dia balik kampung, bersalin kat kampung senang ramai ahli keluarga di sana.Abang call bagitau dia balik harini. Cuti weekend ja pun. Aku tak bagi di balik baru seminggu ja p dah nak balik tapi abang tetap nak balik. dan abang sampai rumah dalam pukul 2 pagi kalau tak silap aku lah..

20 Oktober 2012 - Sabtu
Pukul 4 pagi, perut aku rasa semacam ja. Perut mengeras, dan rasa macam senggugut then kerap buang air besar.hahaha..dari pengalaman yang lepas macam ni jugak rasanya. Perut mengeras, sakit pastu okey. Then jadi balik macam tu. Tidur memang tak lena dah. Aku kejutkan abang nak ajak dia p hospital. boleh abang kata tunggu pukul 7 pagi boleh tak..huhu...yelah aku faham abang kan baru je sampai pukul 2 tadi semestinya dia mengantuk. jadi, aku paksa diri aku tido dulu tapi xdapat lak nak lelap. Terus aku bangun, mandi dan siap2 barang keperluan untuk dibawa ke hospital dan juga barang2 Amanie. Mana la tahu kan nanti p hospital aku kena admit ke kan.maklumlah kandungan aku pun dah cukup-cukup masa dia dah orang kata. Aku siap basuh baju kotor abang lagi. Sambil2 buat keja tu dalam hati dok berdebar2 takkan arini kot aku nak bersalin. Tapi andai kata harini aku bersyukur sangat sebab doa aku dimakbulkan agar aku bersalin di sisi suamiku.Terima kasih Ya Allah.

7.00 Pagi.
Abang bangun dan siap2 untuk bawa aku ke hospital. Amanie pun terjaga sekali. Dia nangis-nangis nak ikut. Kesian dia.Aku tinggalkan Amanie dengan adikku. Masa ni belum ada apa2 tanda untuk bersalin pun. Yang ada cuma tanda mengeras n sakit macam senggugut tu ja.itu sakit contraction kan. Sakitnye belum kuat sebab aku masih mampu tersenyum.hehhe. Sampai di hospital  lebih kurang 7.30 pagi macam tu terus p bilik check- up. Aku belum sarapan ingat lepas check-up baru nak p minum ngan abang. Doktor check katanya jalan dah buka 3.5cm dan automatik aku kena admit. Boleh lagi aku mintak kat doktor tak mau admit kat hospital penang sebab aku nak balik bersalin di alor star. doktor tak mau lepas kan aku katanya ni kelahiran anak kedua biasanya lebih cepat dari kelahiran ank sulung. Aku dengar juga apa yang doktor advise kalau tak mampus aku.hahaha...masa doktor dok check aku tu abang tunggu aku kat luar.Selesai ja doktor check dan nurse nak hantar aku ke wad aku keluar tengok abang tak de..hanset bagi abang pegang. Aduhh macam mana aku nak bagitau abang yang aku kena admit ni. Nurse suruh aku tukar baju.

8.45 Pagi
Aku dah siap tukar pakai baju hospital. Nurse suruh aku p baring kat 1 satu katil tu nak check contraction. Masa p tukar baju tu nampak abang kat kantin dok minum nak call hanset ada kat abang. lepas check contraction aku minta pada sister nak turun bawah sekejap nak jumpa abang. Mulanya sister tak izinkan tapi setelah dipujuk rayu olehku akhirnya dia izinkan.Sakit contraction masa ni makin kerap tapi aku masih mampu bertahan.Jumpa abang bagitau abang yang aku admit dan doktor bagitau bila-bila masa saja aku boleh bersalin.Abang bawak barang aku ke atas wad.

9.30 Pagi
Masa dok sembang-sembang ngan abang tiba-tiba aku rasa macam air turun. Turun air bercampur darah. Abang pegi bagitau nurse. Kemudian nurse dan doktor datang. Doktor check jalan dan katanya dah 4cm dan aku perlu segera dihantar ke Labour Room(LR). Masa ni sakit contraction masih sama seperti tadi. Aku masih relax macam tak ada apa2. Nurse call nurse di LR suruh siap2kan bilik untuk aku.10.15 pagi baru aku boleh turun ke LR. Abang bagitau aku dia nak keluar pegi beli top up nanti dia datang balik. Aku minta abang cepat2 sket sebab aku takut nak ke LR tanpa abang di sisi

10.15 Pagi
Nurse dah tolak aku pegi LR. Abang ikut sekali. Tapi bila sampai di LR nurse minta abang tunggu kat luar dulu nanti baru diorang panggil masuk.Masa ni sakit contraction aku dah mula kuat dan sangat kerap.Sakit sangat.Doktor lepas sorang-sorang dok mai ambil keterangan dari aku. Tanya macam-macam.Dah la aku sakit sabarr je lah..Dalam dok menahan sakit tu aku nampak abang masuk. Abang tanya nak makan apa-apa tak memandangkan aku belum makan apa-apa lagi. Aku tak nak lah dok tahan sakit mana ada selera nak makan. Bila doktor pasang drip sakit semakin kuat.Then,Datang doktor pakar tanya aku nak ambil ubat tahan sakit ke tak. terus aku kata nakkkkk sebab sakit sangat tak tahan dah. cakap banyak pun tak mau dah.huhuhu...Aku suruh abang tanya doktor kenapa tak bagi2 lagi ubat tahan sakit tu aku dah tak tahan betol dah ni..Doktor pun masuk dalam LR dan bagitau carta jantung anakku tak begitu baik jadi doktor tak dapat nak bagi ubat tahan sakit tu sebab takut effect ke anak. Diorang nak tunggu jantung anak okey baru boleh bagi ubat tu.huhuhu....Nampaknya kali ni pun aku tak ambil ubat penahan sakit. Dalam hati berdoa agar anakku selamat.Sekali lagi doktor check jalan dan dah buka 7cm.

11.00 Pagi
Sakit makin kuat dan terasa seperti mau push. Nurse yang ada dalam bilik ni tak bagi aku push lagi katanya lambat lagi.Tapi aku tetap push juga bukan tak mau ikut cakap tapi secara automatik bila sakit kuat tu datang terus rasa nak push. Doktor check sekali lagi dan katanya dah cukup. terus diorang ramai-ramai dok pulun bagi semangat pada aku untuk hantar anakku itu.Abang pun sama dok bagi semangat. Punya la riuh rendah dalam bilik tu, rasanya suara nurse-nurse dan doktor lagi kuat dari suara aku yang sakit ni kot.huhuhu..Banyak kali aku try push tapi anak tetap tak keluar. Doktor dan nurse, juga abang terus bagi semangat padaku, mereka kata dah nampak kepala anak tapi aku dah tak larat. Lastly, doktor ambik keputusan untuk guna bantuan vacum sebab anak dah terlalu lama sangat dah kat dalam isau anak lemas memandangkan air ketuban dah turun lama dah.Masa ni doktor dah minta abang tunggu diluar.huhuhu...

11.43 Pagi
Setelah bertungkus lumus(betol ke ayat ni eh)hehehe...akhirnya alhamdulillah anakku selamat dilahirkan kedunia ini. Semasa anakku keluar tiada tanggisan yang kedengaran. Doktor bertungkus lumus memberi rawatan kepada anakku.Allahhuakhbar  semoga anakku selamat hendaknya.Doktor pakar kanak-kanak dihubungi untuk memberi rawatan kepada anakku. Aku melihat anakku di kejauhan. Kesiannya anakku. maafkan mama sayang kerana tak dapat cepat2 keluarkan mu dari rahim mama.huhuhu..sedihhh...Akhirnya anak kesayanganku menangis juga tapi perlahan je doktor tidak puas hati. Mereka bersihkan anakku dan terus bawa ke dadaku. kemudian doktor bagitau aku anakku perlu dihantar ke wad NICU untuk observe pernafasannya.huhuhu...setelah itu doktor mulakan sesi jahit menjahit plak.Bila selesai semua diorang bersihkan aku dan biarkan aku berehat di situ. Rasanya aku tertido

2.30 Petang
Terjaga dari tidur aku masih di dalam LR. Aku minta air kat nurse. Dahaga sangat..Nurse datang beri air milo, roti dan nasi untukku. Aku hanya minum air dan makan roti.Dok tertunggu-tunggu mana abang ni.Lama jugak aku kat LR.Bosan sangat tertidur lagi.hehhe

4.30 Petang
Nurse hantarkan aku ke wad. Abang tak de pun kat katil aku. mana abang p ni.sedih sebab kena dok sorang-sorang.Time ni dah time melawat. dekat pukul 5.00 petang macam tu nampak abang dan Amanie terus suka sangat.pengasuh Amanie pun datang jugak. Mak, adik, tok dan lang pun datang tengok aku. Mak bawak balik Amanie dulu ke kampung memandangkan aku dan anakku belum tahu bila boleh keluar.

9.30 Malam
Abang datang lagi kat aku. Abang bawak aku p tengok anak kami kat NICU. Jumpa doktor dan doktor bagitau yang anak kami okey tak de apa yang perlu dirisaukan.Mukin esok atau lusa dah boleh keluar.Alhamdulillah kepala anakku tak berbenjol akibat dari vacum.Abang bagitau aku abang sambung cuti lagi sampai ari selasa.

Inilah kisah pengalaman melahirkan puteri kedua kami yang diberi nama Nur Aimey Arissa Bt Wan Muhd Syakir. Cahaya Keberkatan dan juga kekuatan itulah maksud disebalik nama tersebut. Semoga anak ini sentiasa mendapat keberkatan dan kekuatan dalam dirinya untuk menjadi khalifah dibumi ini.semoga anak ini menjadi anak yang solehah buat mama dan papa.Aminnnn

Apa yang boleh aku rumuskan dari pengalaman ni, aku sangat2 bersyukur dan berterima kasih kepadamu ya Allah tuhan yang maha pengasih dan penyayang kerna doaku untuk melahirkan anak kami disisi suamiku termakbul. Syukur sangat.Aminnnn Ya Rabbala'laminn...

Terima kasih suami kerana sanggup bersusah senang dengan diriku..setia hujung nyawa:)


Friday, January 18, 2013

Alhamdulillah!!! Selamat Bersalin Anak Ke -2


Assalammualaikum semua….Rasanya dah lama saya x update blog.Perkembangan terbaru, kini saya dah ada 2 orang anak. Anak ke 2 saya pun perempuan juga. Alhamdulillah saya selmat melahirkan anak ke 2 ni pada 20 October 2013. Syukur semuanya berjalan dengan lancer. Dah lepas pantang pun siap dah naik keja dah..hehehe..kira aci la update cerita basi..huhu..Anak ke 2 ni saya dan suami sepakat namakan Nur Aimey Arissa…..

Berusia 3 hari

Arissa bersama kakak di usia 1 bulan