Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, August 26, 2011

Mula-mula Sedih..Lepas tu Happy:)

Assalammualikum w.b.t


Pagi tadi dapat mesej dari adikku si siti di FB..Dia bagitau pasal Amanie..Sedihnyer fikir-fikir balik. Mesti Amanie pun rindu jugakkan kat mama dan papa. Cuma Amanie tak tahu nak bagitau sapa-sapa ja. Kesian anak mama ni. Terus takde mood dah mama ni. Nak wat keja pun tak semangat.huhu.. Rindunya mama kat Amanie.huhuhu..Dapat tau ja pasal Amanie, terus mama call maktok. Maktok kata munkin Amanie tingat kat mama dan papa. Sebab bila ada keta lalu ja depan umah mesti Amanie pulun p kat pintu sambil dok jengok-jengok.. Ya allah... kesiannyer Amanie. amanie rindu mama dan papa eh!!! mama dan papa pun rindu Amanie sangat-sangat tauu....huhuhu..

Lepas tu mak aku cakap dia nak mai penang. nanti balik kampung sekali dengan kami isnin nanti. terus aku macam happy-happy dah. Mak kata nanti dulu mak tya ayah. kalau ayah ok, mak mai ler..Aku pun tertunggu-tunggu la. mak jadi ke tak mai ni. Tiba-tiba adik aku yang bongsu si jiha call, dia bagitau mak jadi mai. Mak mai sekali ngan adikku Jiha dan sepupu aku Shira. Depa mai dengan bas..Nanti aku ngan abang p amik depa kat Butterworth nuuu..Tak sabar nak tunggu depa suma sampai. Aku dah suka dah ni..amanie sabar yer sayang nanti kita jumpa.. love u sayang. Mak, ceq sayang mak juga lah.. mak faham apa yang ceq dan Amanie rasa. Tima kasih mak..


aku yg rindu-rinduan



Kueh Raya

Assalammualikum w.b.t

Tinggal berapa hari ja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula bertandang. Sekarang ni mood aku rindu-rinduan. Rindu kat sapa eh. For sure kat anak dara aku sorang tu. Sebenarnya dah seminggu dah Amanie kat kampung dijaga oleh maktoknya. Last week, kami hantar dia balik kampung sebab pengasuh Amanie dah balik kampung ini minggu. Disebabkan aku dan abang masih bekerja makanya keputusan seprti itulah yang terpaksa diambil. Terpaksa berjauhan dengan Amanie..Terpaksa okey bukan suka-suka yer..huhu..sedihnyerrr

Memandangkan Amanie kat kampung, aku pun menyibukkan diri membuat kueh raya. Tak pernah-pernah ni buat kueh raya ni. Selalunya buat kueh tunjuk-tunjuk ja. Tapi kali ni terlebih rajin pulak. Bukan apa, memandangkan berjauhan dengan Amanie jadi aku cuma menyibukkan diri agar tak terlalu la asyik dok ingat kat puteri kesayangan tu. Tak banyak pun buat. empat jenis ja. Resepi suma google je..hahhaha...Yang bestnyer abang pun turut membantu. Selalu malam abang suka jugak keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan dia. Tapi since aku dok buat kueh raya ni, menempek plak dia kat umah. Rajin pulak tu dok tolong aku...hihihi..Aku uli doh, abang plak tolong terap kueh tu...Riuh rendah jugaklah umah kami walaupun Amanie takde. Best best dengan suasana seperti itu..:)

Biskut Coklat oat Crispy
Biskut Bebola Confleks
Tart nanas Nyonya
Honey Confleks

Budak noty yang selalu mama rindui...rindu kamu sgt2..