Assalamualaikum w.b.t
Skang kembali ke dunia blog. 2 bulan tidak menjengah blog, terasa rindu. Alhamdulillah, skang aku dan suami dah pun bergelar mama dan papa. Our princes selamat dilahirkan pada 11 May 2010, jam 11.32pm di Hosp Penang. Kami sepakat menamakan puteri kami, Nur Aimey Amanie. aku, suami dan juga family aku sgt teruja dengan kehadiran Amanie. Amanie telah memberi kebahagiaan dan kegembiraan yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Kehadirannya telah lama kami nantikan..
Semalam aku dah pun start bekerja. Terasa cepat masa berlalu. Amanie kutinggalkan di kampung untuk dijaga oleh mak. Berat hati untuk tinggalkan dia, tapi apakan daya aku x sampai hati nak hantar Amanie pada pengasuh di sini. Amanie dilahirkan tidak cukup bulan iaitu ketika kandungan aku 31wks. Kecik sgt Amanie masa tu, hanya 1.35kg je berat dia. Sbb tu aku ambik keputusan utk tinggalkan dia dibawah jagaan mak kat kg dulu. Insyallah bila Amanie dh besar sket, mama akan bawa Amanie tingal sama2 ngan mama n papa yer sayang. Rindu jgn cakap la. Malam2 mesti mama nangis, teringat kat Amanie. mama rindu nak menyusukan Amanie, rindu nak dengar Amanie nangis, merengek2, buat muka bila nak shi2..mama rindu nak dodoikan Amanie..mama rindu sangatt sayang..
Jom tunaikan ibadah Haji bersama MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd
-
Sapa yang dah lama simpan niat untuk menunaikan ibadah haji atau ingin
menunaikan haji lagi ? Hurm...ramaikan ? Cuma risau nak guna agensi swasta
yang m...
1 day ago
2 Bisikan Asmara (::
syaida, tahnah ata kelahiran amanie. patutla lama senyap. awal bersalin, ada komplikasi ke? alhamdulillah baby sihat kan. selamat bertugas kembali :)
alyyani: tima kasih.alhamdulillah bb semakin sihat.tah le tetiba je turun darah.bb xsabar nak tgok dunia:P
Post a Comment