Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, August 26, 2010

Cucuk Amanie

Assalamualaikum w.b.t
Pagi2 lagi dah kejutkan Amanie. Tak sampai hati sebenarnya nak kejutkan amanie pagi2 ni, sebab mama tengok asyik sangat Amanie tido. Tapi terpaksa la juga dikejutkan sbb Amanie nak kena cucuk untuk 3 buln hari ni. Kesian anak mama yer nak dapat sakit pulak..Tak pe sayang, sikit ja pun. Bulan lepas lagi sakit kan sebab dapat dua dos lagi. sayang okey2 ja kan.. No 3, nombor giliran Amanie...sebelum cucuk kita timbang dulu. Berat Amanie dah 3.7kg...walaupun sket ja naiknya dari masa kita check-up kt hospital minggu lepas (3.4kg), kira ok la tu naik jugak daripada turun kan ;) Amanie relax ja, takde nak meragam pagi ni. Mama suruh papa yg pegang Amanie masa nak cucuk Amanie tuh..ermm boleh plak papa p tunggu ja kat luar. takut la tuee...hihi..Masa cucuk tu Amanie menangis jugak la. Tapi kejap ja, pastu boleh Amanie sambung tido balik. Baik sungguh anak mama ni. p/s : malam nanti tak tau la samada Amanie akan baik lagi macam pagi tadi..huhu

Cuba comeykan sket wajah tuh;)

Assalamualaikum w.b.t.

See, itulah papa. hahahha... Susah amat nak ambik fotonya dengan wajah yang comey2. Tiap kali bergambar, mesti macam2 aksi papa yg weird sangat. Bila mama tarik muncung 24inci, barulah papa beraksi dengan sopan-santunnya. Geram je, nak marah tp dalam masa yang sama mama nak tergelak laaa...huhu..papa! papa!

Ianya Lumrah..

Assalamualaikum w.b.t
Sejak dua menjak kebelakangan ni, suka sangat mama bercerita perihal anak dara kesayangan mama yang sorang ni *yg ke2, ke3, ke4..coming soon, muahaha*... Entah2 ada insan yg tersinggah di sini menyampah, mungkin berkata2, macamlah mama sorang je kat dunia ni yang ada anak. Jika ada, biarlah mereka. Asalkan mama senang hati, senang untuk berbicara mengenai harta dunia akhirat mama ni. Sudah lama mama mendambakan seorang insan yang bergelar anak dalam hidup mama. Lama mama tunggu, walau mama tahu ada lagi insan yang menunggu lebih lama dari mama. Sungguh kuat mereka menerima ujiaan-NYA. Penantian mama sudah berakhir, jadi biarlah mama mengabadikan segala kenangan mama bersama anak mama. Takkan pernah jemu walau sesaat.

Memang lumrah bagi insan yang bergelar manusia, akan suka bercerita mengenai sesuatu yang berkaitan dengan dirinya , yang dianggap "istimewa" dalam hidup mereka. Suatu ketika, di masa kita bujang dan mempunyai "pakwe/makwe", pastinya kita senang berbicara mengenai mereka. Berbicara tentang segalanya yang berkaitan dengan mereka. Tidak pernah jemukan malah suka sangat;) Setelah mendirikan rumahtangga, segala cerita bertukar pula mengenai memori2 indah bersama "suami/isteri" tercinta. Merakamkan segala kenangan yang diulit bersama. Apabila dianugerahi 'tanda/bukti' cinta,kasih,sayang antara pasangan2 ini...segala cerita bertukar lagi..kini mengenai anak2 comel kesayangan mereka pula...
Segala perihal ceritera kisah kita, tersangatlah mengikut arus perkembangan semasa kannn..hihihi;)

Anak patungkah???

Assalamualaikum w.b.t
Keciknya sayang mama nie..Bila sayang dengan papa bertambah2 kecik mama tengok. Macam anak patung meh ;) kecik pun kecik la sayang..yang penting sayang mama & papa ni dah sihat dah, dah boleh tinggal sama2 ngan papa & mama. Walau anak mama ni dalam keadaan apa sekali pun, mama & papa selalu sayang padamu. Sila membesar bagai johan ye sayangku;p

Wednesday, August 25, 2010

Suatu Rasa Di Kalbu


Assalamualaikum w.b.t

Di pagi yang suam suam kuku ini *hihi*, mata mama masih degil untuk lelap. Mama pandang insan2 kesayangan mama..sudah lama lena diulit mimpi2 indah..Entah mimpi apakah yg bertamu dikala tidur kalian berdua? Sesungguhnya kalian berdua begitu bermakna buat mama. Dipanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerna menganugerahkan kalian berdua buat mama. Suatu anugerah yang cukup istimewa dihati mama. Akal fikiran tidak dapat berimiginasi seandainya kalian tiada disisi masa. Sungguh mama pasti rebah, layu terkulai tidak berdaya. Kalian berdua sumber inspirasi, juga sumber kekuatan buat mama. Tanpa kalian seluruh jiwa mama pasti hilang, sunyi dan sepi pasti menjadi teman. Mengenali kalian berdua kesayanganku, mama belajar erti sebuah kerinduan, ketabahan, kekuatan, kasih sayang.

Buat papa, terima kasih kerana sudi menempatkanku disuatu sudut hatimu. Maafkan diri ini seandainya selalu mendatangkan gusar dihatimu. Terkadang aku terlalu bersikap keanak-anakkan tapi dikau tak pernah jemu melayan karenahku. mungkin atas nama cinta menuntut dirimu terus setia menemani disisi.

Buat puteri hati kesayangan mama dan juga papa, hadirnya dirimu diimpi impikan, hadirnya dirimu dinanti nantikan, hadirnya dirimu membawa 1001 kebahagian, mengeratkan lagi kasih sayang antara papa dan mama.mama sayang padamu seluruh jiwa raga mama. Teramat sayang. Terima kasih kerna sudi hadir dalam hidup mama dan papa. Semoga dirimu menjadi anak solehah buat mama dan papa. Semoga dikau menjadi insan yang disenangi semua insan disekelilingmu. Mengharapkan sayang anak mama akan mendoakan mama dan papa seandainya kami tiada kelak. Terlalu banyak permintaan mama sedangkan terlalu banyak kealpaan dan kekilafan diri. Menginsafi diri sendiri. malu pada sang Pencipta.

Tidurlah wahai kesayangan mama.semoga esok yang datang tidak pernah jemu membawa bahagia buat keluarga kecil kita..mama sayang kalian berdua sebesar besar duniawi..besar lagi...dan lagii..sukar didefinisikan dengan kata2..sayang kalian berdua dunia akhirat. sayang kalian berdua hingga hujung nafas yang terakhir. Ingin kalian berdua selalu hadir disisi mama buat selamanya..

mama,
2.05am

Hanya ruang kecil buat mama...kesian mama..huhu;)

Saturday, August 21, 2010

Gen mama ke Gen papa?

Assalamualaikum w.b.t
Masa Amanie baru dilahirkan dulu, ramai yang cakap Amanie ikut wajah papa..kulit pun masa tu ala2 papa.hihi..Sekarang ni, ramai pulak yang cakap Amanie seiras mama. Benarkah?? Entah la yer..Tak kisah lah seiras papa ke, seiras mama ke..Kebenarannya kamu adalah cinta antara papa dan mama..Setahu mama masih banyak perubahan akan yang akan berlaku pada anak kecil..Sekarang ni kulit Amanie dah putih dah. Napa eh masa Amanie kat hospital dulu kulit Amanie gelap sket. Agaknya panas kot dalam inkubator tu, itu pasal la burn kulit anak mama ni..kihkih..apa2 ajalah..Bagi mama itu semua tak penting, yg paling penting anak kecil mama ni membesar dengan sihat, fizikal dan mental ;p