Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: MONDAY & THURSDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, April 17, 2014

Mungkin Ini Yang terbaik


Assalammualaikum..

KLIK LIKE A'niessa Beauty

Rindunya dengan anak-anakku yang sekarang ni berada di kampung. Anak-anak kami hantar ke kampung untuk sementara waktu.Kesian anak-anak terpaksa berjauhan dengan mama dan papa.Tapi ini hanya sementara ye sayang-sayangku. Tiba masanya nanti mama dan papa akan menjemput anak-anak pulang dan tinggal bersama-sama mama dan papa.Sabar ye sayang-sayangku dah tak lama dah..

Keputusan nekad telah kubuat demi untuk kepentingan dan kebahagiaan anak-anak.Suami yang meminta aku memilih jalan ini.Tiada ada yang paling penting buat kami berdua melainkan anak-anak.Sesungguhnya kami berdua telah melalui saat sedih tanpa kehadiran cahayamata.Disebabkan ini kami terlalu menghargai dan menyanyangi anak-anak kami.Merekalah harta kami yang sebenar-benarnya dan hakiki.April 2014 adalah bulan terakhir aku berkhidmat dengan SYNTAX SYSTEM SOLUTIONS S/B.Hampir 6 tahun aku mencari rezeki di sini.Akhirnya keputusan nekad dan drastik telah kubuat demi anak-anak.

Sebab utama aku membuat keputusan ini adalah anak-anak.Kesian anak-anak seharian duduk dengan orang.Alangkah bagus jika dapat membesarkan anak-anak depan mata sendiri.Mama sedih sangat bila kakak Amanie kata "mama bila mama nak cuti.kakak nak mama jaga kakak dan adik".Dan selalu dia cakap kat aku macam ni "mama..kakak tak mau la duduk dengan ibu.kakak nak duduk dengan mama dan papa ja"..Tersentuh hati mama sayang..Kini tibalah masanya mama akan cuti panjang terus dan duduk dengan kesayangan2 mama yer..

Salah satu sebab lagi,aku sangat tak puas hati dan marah sangat bila satu hari babysister tinggalkan anak-anak aku sendirian kat rumah tanpa ada pengawasan dari orang yg lebih dewasa.Alasan yang aku rasakan paling bodoh sekali ku dengar, dirumahnya tak ada apa2 untuk masak jadi dia terpaksa ke kedai dan tinggalkan anak2 aku masa mereka tengah tidur..Malang/kemalangan boleh berlaku bila2 masa.Jadi kita kena la beringat.Aku bukan kejam sangat jika bagitau awal2 kat rumah tak ada stok barang dapur,aku boleh ja pergi kerja lambat sket untuk dia pegi membeli semua.huhuhu...Tanggungjawab yg diamanahkan diambil mudah dan ringan.Tidak kisah andai apa2 berlaku pada anak orang.Sungguh berani orang seperti ini.Baik aku jaga anak-anakku sendiri.Keselematan lebih terjamin dari terus biarkan orang macam ni menjaga anak-anakku hanya untuk kepentingan sendiri.

ok lah kesayangan mama..tunggu dan sabar ye..nanti mama dan papa jemput kesayangan kami.Semoga perjalanan hidup kami sekeluarga sentiasa dipermudahkan..

kesayangan-kesayangan mama

kesayangan mama juga:)















0 Bisikan Asmara (::