Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Thursday, July 18, 2013

Akhirnya...Milik Kami



12.07.2013 secara rasminya kami telah memiliki teratak kasih impian kami selama ini.

Alhamdulillah bersyukur sangat kerana dapat memiliki teratak sendiri walaupun bukanlah banglo,semi D macam orang lain ku tetap bersyukur.Step penting yang akan kami dahulukan adalah pemasangan grill pintu dan tingkap rumah.Bagi aku ini adalah sangat penting untuk safety teratak kami dari terjadi perkara yang tidak diingini.Bukan meminta tetapi lebih baik berhati-hati sebelum benda terjadi.

Sejak-sejak dah dapat kunci rumah ni hobi baru aku mengoogle dekorasi rumah yang cantik-cantik dan menarik.Bajet macam tinggi ja aku ni kan walhal habuk pun takde.Hahaha...Tak salah jika kita memasang impian dan mimpi..Insyallah akan aku realisasikan impianku step by step.Sekadar buat ikut bajet dan kemampuan kami suami isteri.Bila dihitung-hitung rasa macam baru kawin lak sebabnya semua benda nak pakai fulus...Haihhh...Dan dan Terkenang zaman baru kawin dan baru ikut suami ke kuaters kem Tun razak.Semuanya serba simple tapi sweet :)



















Dalam kepala hotak ni macam-macam perancangan dah disusun ikut stepnya dari ysng paling penting hingga ke yang remeh temeh.hihihi...Sampaikan untuk raya pun tak berapa fikir sangat dah.Tudiaaaa sakan naaa.Macam lah nak terus menetap kat rumah sendiri kan.Rasanya kami takkan menetap lagi kt sini kerana tempat keja kami suami isteri jauh laaa.Jika suami dapat posting kat Sg Petani insyallah kami akan menetap di "Teratak Kasih Kami"...ngehngehngeh...

Ramai orang kata kalau dah tak nak tinggal kat sana lagi kenapa tergesa-gesa mau settle kan hal rumah tu.Dari awal aku ada mention yang akan buat benda-benda penting ja contoh pemasangan grill pintu dan tingkap,masuk wiring suma dan sebagainya.Setidaknya boleh jadi rumah persinggahan kami ketika hari minggu.So sahabat-sshabat nanti weekend nak cari aku haruslah cari aku kat Sg.Petani okies.Hahaha...
Setidak-tidaknya taklah terbiar rumah kami tu.Buat masa ni belum nak renovet apa-apa lagi guna yang siap sedia ada ja.Hihihi bajet kecikk kann..Haruslah beringat...Sambil-sambil tu dok mikir jugak nak sewakan ke tidak rumah ni.Nak sewa macam sayang jaaa...Tengok la macam mana nanti.Lepas ni confem up bab rumah ja..So sapa-sapa yang menyinggah di blog kisahsyaida ni janganlah menyampah dengan hakakkk yer...Biasa la kannn.Orang kedah dok kata keciwi lagi tuuu...Makanya biarlah hakakkk dengan keciwi hakak yer...Rumah dah buruk nanti hilang lah keciwi tuuu jadi jangan risau yer...hihihi..
K byeee
posted from Bloggeroid

0 Bisikan Asmara (::