Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label tips/info. Show all posts
Showing posts with label tips/info. Show all posts

Monday, February 04, 2013

Pentingnya Pengelupasan Kulit Wajah (Peeling)

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni saya nak share mengenai pentingnya pengelupasan kulit wajah. Sebenarnya pengelupasan kulit wajah merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah kekeringan kulit, pertumbuhan jerawat dan penuaan pada kulit dimana proses peeling ini mampu memulihkan kulit kita menjadi sihat berseri.



Kenapa Proses Peeling Itu Penting
-Untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit
-pengumpulan sel-sel mati akan mengakibatkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
-sel-sel mati itu juga menyumbang kepada masalah umum kulit jerawat, jeragat, liang pori terbuka dan 'blackhead'

Penyebab Utama Sel Kulit Mati
-kesan daripada sinar UV matahari
-cucian wajah yang tidak sempurna menyebabkan kotoran terkumpul dipermukaan kulit.


Kesan & Akibat
Sekiranya pengelupasan dibuat mengikut cara yang betul (teknik, bahan & kekerapan), sudah pasti kesan buruk dapat dielakkan. Antara kesan sampingan atau komplikasi yang boleh berlaku termasuk:
- Keradangan kulit (merah & pedih) untuk 1-2 hari selepas prosedur.
- Kulit menggelupas atau berkuping.
- Parut (utk pengelupasan jenis dalam)
- Hypo/ hyperpigmentasi ( untuk mereka yang mempunyai ton kulit gelap)
Amatlah penting untuk mereka yang menjalani prosedur pengelupasan ini mengikut nasihat dan tip penjagaan yang diberi oleh pakar atau doktor agar sebarang komplikasi dapat dielakkan. Sebarang bentuk teknik pengelupasan pastinya akan menyebabkan lapisan kulit epidermis mahupun dermis menipis daripada ketebalan asal, namun keupayaan kulit menghasilkan ratusan ribu sel setiap saat membolehkan ketebalan asal kulit akan tercapai semula. Kerana itulah dicadangkan pengulangan sesi pengelupasan hanya dibuat setiap 20-30 hari.
Lapisan kulit epidermis-atas (sel-sel mati) yang menebal menyebabkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya serta menjurus kepada pembentukan pigmentasi/ jeragat. Manakala pengelupasan dalam (peringkat dermis kulit) pula mampu meningkatkan pembentukan semula kolagen bagi menganjalkan kulit, menghilangkan kedutan dan garis halus serta parut jerawat.


Kebaikan lain:
Kebaikan pengelupasan kulit menyebabkan terhasilnya banyak produk pengelupasan terjual di pasaran. Namun, perlu diberi perhatian tentang kandungan bahan aktif dalam setiap produk tersebut. Ini kerana bahan seperti asid TCA atau ‘phenol’ yang lebih kuat kesan pengelupasannya boleh menyebabkan kecederaan kulit yang lebih serius. Sekiranya perawatan pengelupasan kulit dilakukan secara teratur dan berkala, malah dilakukan oleh pakar serta penggunaan bahan yang sepatutnya, hasil yang memberangsangkan mampu tercapai


·                     Kurangkan jerawat/parut jerawat
·                     Kurangkan jeragat/pigmentasi kulit
·                     Kurangkan kedutan/garis halus
·                     Kurangkan kesan parut luka/ bedah
·                     Seimbangkan ton warna kulit
·                     Kecilkan liang pori-pori
·                     Mengawal ‘blackheads’ dan ‘whiteheads’
·                     Mengawal ‘stretch marks’


Wednesday, January 30, 2013

TIPS MENGAJAR ANAK

10 TIPS MENGAJAR ANAK (sumber dari majalah pa&ma)

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Friday, January 07, 2011

Asas Penjagaan Wajah Yang Betul

Assalammualaikum w.b.t

Kulit wajah sangat penting dijaga dengan baik untuk melambatkan proses penuaan berlaku. kali ni saja nak kongsi tips penting dalam penjagaan kulit wajah secara kronologinya ye. Jika salah harap diperbetulkan yer. katanya saya pun budak yang baru belajar.:)

1. Mula-mula sekali perlu cuci muka menggunakan pembersih wajah. Kemudian bilas bersih

2. Kemudian perlu mamakai toner/penyegar. Ini ada bahan yang terpenting dalan satu set penjagaan wajah yang perlu ada. Fungsinya untuk menutup kembali liang-liang roma pada wajah yang terbuka semasa proses mencuci wajah sebelum itu.

3.Scrub wajah anda menggunakan facial scrub 2 kali seminggu. tujuannya untuk membuang sel kulit mati. tapi sebelum scrub sangat penting menutup lianga roma terlebih dahulu untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima yer.

4.Cuci muka dengan air bersih

5.kemudian pakai toner lagi

6. lepas tu boleh la pakai pelembap/mosturizer. Penting, sebelum pakai pelembap perlu pakai toner kerana pelembap hanya patut berada dipermukaan kulit bukan diserap oleh kulit.

7. Wajah sudah sedia untuk disolekkan.

Wednesday, November 10, 2010

Personaliti Diri Berdasarkan Bulan Kelahiran

Assalammualaikum w.b.t

Mac - Papa Noty
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu balas budi dan kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang amat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa
  • Jangan terlalu moody
October - Mama Comey
  • Suka sembang
  • Suka orang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikkan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan-kawan
  • Sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik tetapi merajuk tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam-kabut
  • daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan)
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • pengasih, penyayang dan lemah-lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat
Mei - Amanie Manja
  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi fizikal dan mental
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tapi mudah dipengaruhi orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik (otak kiri)
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga, leher, dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalan tinggi
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

Denggi Menyerang Di Tempat Kami Berteduh

Assalammualaikum w.b.t



Lately, demam denggi menjadi-jadi di kuaters kediaman kami sekeluarga. Minggu lepas sebelum Deepavali, orang-orang dari Jabatan kesihatan dah datang kuaters untuk sembur ubat tu. Mama tak tau la orang panggil apa asap tu. Jenuh la mama dok larikan Amanie dari dok terhidu asap tu. Last-last tak tau nak lari mana, teus mama bawak Amanie masuk dalam keta.hihihi. Selepas Deepavali pun, orang-orang dari Jabatan kesihatan datang menyembur lagi. BS Amanie pun kena demam denggi jugak. Alhamdulillah dah sihat dah sekarang ni, tapi masih perlu berulang ke klinik kesihatan untuk ambil darah.

Anak kawan papa pun dah admit kat hospital. Dah tiga hari la masuk hari ni. Bahaya la nyamuk Aedes ni. Risau ja mama bila tengok ada kesan gigitan nyamuk kat mana-mana tubuh Amanie. Sekarang mama lebih suka tidokan Amanie dalam kelambu untuk elakkan dari gigitan nyamuk tu. Tapi yang mama risau sangat tu, bila Amanie kat umah BS. Kadang-kadang tu masa mama p amik dia dari balik keja, ada juga la bekas gigitan nyamuk kat Amanie. Minta dijauhkan segala penyakit dari anakku. Ini mama nak share sikit fakta mengenai denggi :-
  • Demam Denggi - sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina
  • Cara penyebaran - melalui gigitan nyamuk Aedes orang yang mempunyai virus denggi kepada orang yang sihat.
  • Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin alami demam mengejut diikuti dengan berbagai tanda dan gejala tidak khusus.
  •  tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting
    Tanda dan Gejala
  • Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  • Bintik merah pada kulit
  • Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  • Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • rasa pahit pada lidah
  • lemah dan tidak bermaya
    Pencegahan
  
Pada masa kini tidak terdapat vaksin  siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Sumber : Demam Denggi


*** Mencegah sesuatu penyakit lebih baik daripada merawat

Thursday, October 28, 2010

DOA

Assalammualaikum w.b.t



Waktu Mustajab Untuk berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa juga penting dan ianya merupakan satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. seperti :-

  • Semasa Lailatul-Qadar.
  •  Ketika hujan turun.
  •  Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  • Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  • Di tengah malam.
  • Di antara azan dan iqamah.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika iktidal akhir dalam solat.
  • Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  • Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  • Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  • Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Tuesday, October 12, 2010

8P Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

Assalammualaikum w.b.t



1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Sumber : Portal Perkahwinan


Thursday, October 07, 2010

Tanggapan Mengenai Perkahwinan

Assalammualaikum w.b.t

Wujudnya perkahwinan, tidak semestinya sentiasa bahagia dan indah-indah belaka. Banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Mari berkongsi tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya sesudah berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.
10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Tuesday, October 05, 2010

Zuriat Yang Di tunggu

Assalammualaikum w.b.t

Zuriat kami
Bagi pasangan yang dah berumahtangga pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sebagai pengikat kasih dan penyeri dalam hidup mereka. Namun tidak semua pasangan itu bertuah memilikinya dengan kadar yang segera. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya demi seorang zuriat. Seorang zuriat yang terlalu berharga, merupakan harta di dunia juga akhirat. Mama faham bagaimana sakitnya bila kita ternanti-nanti kehadiran zuriat itu. Betapa sebak dan terasa hati dengan kata-kata kurang enak dari saudara-mara, kawan-kawan, masyarakat sekeliling.

Mama berkata-kata berdasarkan dari pengalaman. Bukan mudah untuk mama dan papa mendapatkan seorang zuriat. 4 tahun kami berusaha. Dan mama rasa masih ramai pasangan yang lebih lama terpaksa menanti dari mama. Sepanjang tempoh itu, pelbagai ujian, suka duka yang mama lalui. Di sini mama nak share amalan mama untuk mendapatkan zuriat tercinta. Di samping mama buat rawatan moden dan tradisional, mama tidak lupa kepada pencipta kita semua. Kerana DIA sentiasa mendengar, mengasihi, mengetahui apa yang tersirat di hati kita. DIA yang merencanakan hidup kita. Ok, Lets share :

>> Sentiasa berdoa kepadanya agar memberikan zuriat kepada kami. Jika tak banyak seorang pun kami  
      bertuah sangat menerimanya. seorang zuriat yang akan mendoakan kami ketika kami meninggal kelak.
      Insyallah
>> Selalu amalkan membaca surah Ali-Imram ayat 38
     Qalarabbi hablimilladunnka zurryatann toiyibattan innakasami udu'aa
     ( Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai tuhanku kurniakanlah kepadaku  
     dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa 
     permohonan.
     mama sentiasa baca doa ini di mana-mana saja ada kesempatan
>> Selalu juga mama buat solat sunat hajat di tengah malam
>> Setiap kali selesai solat mama membaca surah Al-Fatihah 41x setiap solat fardu, tidak lebih dan tidak
     kurang
>> Banyak amalkan zikir-zikir
>> Lebih positifkan minda

Selain daripada itu, dari segi pemakanan mama sedaya upaya mengelakkan dari makan/minum :
minuman bersifat tajam ( minuman gas, air tebu)
makanan bersifat tajam ( nenas)

Keberkesanannya, wallahhualam...apa yang penting mencuba....mencuba lebih baik dari berdiam diri...



Saturday, September 25, 2010

Jadual Imunisasi bayi

Assalammualaikum w.b.t
 

Alhamdulillah, Amanie dah dapat semua imunisasi yang diperlukan buat masa ini Pada awalnya agak bercelaru juga jadual imunisasi buat Amanie memandangkan ssejak dari lahir lagi dia keciciran 3 imunisasi memandangkan keadaan Amanie yang tidak mengizinkannya untuk mendapat imunisasi berkenaan. Syukurlah Amanie baik-baik saja. Mulai next month, jadual imunisasi Amanie akan normal kembali mengikut aturannya.

Friday, September 03, 2010

Mau makan apa ya?

Assalammualaikum w.b.t

Semalam mama belek2 majalah Pa&Ma yang lama-lama. Saja ja mengisi masa terluang..eceyy, mentang-mentang la Amanie kat kampung kan, ada aja masa terluang tu yer. So, mama terbaca satu artikel yang mama rasa sangat-sangat memberi manfaat buat mama, mungkin juga buat ibu-ibu baru di luar sana. Jadi, mama nak share artikel tu kat sini iaitu mengenai pemakanan bayi. Sumber bacaan dari Majalah Pa&Ma Disember 2007. Kaum ibu-ibu tak payah runsing lagi mikirkan hal ini yer, just follow aja carta ini :- (mama pun akan follow jugak, tak sabar nak introduce makanan pejal kat Amanie:)

4-6 Bulan 
Mulakan dengan :
*Bijirin beras
Ini adalah makanan yang tidak akan menyebabkan alergi bahkan membekalkan zat besi kepada bayi
Berapa banyak?
* Campurkan 1 @ 2 sudu teh bijirin beras dengan 1 sudu besar susu ibu/susu formula. Pastikan ia tidak terlalu pekat. Bayi anda perlu makan 1 @ 2 suapan dalam sehari selain daripada susu ibu / susu formula sebanyak 24 - 32 auns sehari.

Resepi kejayaan :
* tunggu sehingga 4 hari sebelum memperkenalkan bayi anda kepada bijirin lain. Cara ini akan dapat membantu anda mengesan sebarang alergi makanan pada bayi.

6-8 Bulan
Mulakan dengan :
* Sayur-sayuran dan buah-buahan
Jangan ambil peduli tentang kata-kata yang tidak membenarkan anda memberi bayi makan sebelum mereka tahu tentang rasa sesuatu makanan itu.

Berapa banyak?
* Sebagai permulaan, 2-3 sudu teh sehari sudah mencukupi dan jumlah itu mungkin bertambah sehingga 2 sudu besar sehari. Berilah bayi makan sebanyak 2 atau 3 kali sehari

Resepi kejayaan :
* Tunggu sehingga bayi berusia 1 tahun sebelum beri mereka makan buah-buahan sitrus kerana kandungan asid dalam buah-buahan itu mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut bayi anda.

8-12 Bulan
Mulakan dengan :
* Makanan lembut
Keledek lecek ataupun dadih adalah antara makanan lembut yang sangat sesuai untuk bayi yang baru mula belajar makan. Selain itu, bayi anda perlukan zat besi tambahan. Oleh demikian, berilah bayi makan daging lembu / daging ayam yang telah dihancurkan.

Berapa banyak?
* Untuk permulaan, 1-2 sudu besar makanan lembut dan daging yang telah dihancurkan setiap hari. Ketahuilah bahawa setelah belajar makan, bayi anda mungkin kurang minum susu. Walaubagaimanapun, dia perlu minum kira2 24-26 auns susu setiap hari.

Resepi kejayaan :
* Bayi anda mungkin teruja dengan banyak jenis makanan yang boleh dimakannya. Akan tetapi, janganlah perkenalkan terlalu banyak makanan baru kepada bayi dalam satu-satu masa. Untuk memastikan bayi berani mencuba makanan baru, letakkan sedikit makanan tersebut di sebelah makanan kegemarannya.

9-12 Bulan
Mulakan dengan :
* Makanan jejari
Pada usia ini, bayi sudah pandai menggenggam dan mula ingin makan sendiri. Jadi, pasta, buah-buahan potong, lobak dan kacang pis yang sudah dimasak memang sesuai.

Berapa banyak?
* Berilah bayi anda 1 @ 2 makanan jejari iaitu kira-kira 1-2 sudu besar dalam setiap waktu makan mereka. Sebagai tambahan, berikan mereka buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan makanan lembut selain daripada susu.

Resipi kejayaan :
* Pastikan semua makan yang diberi pada bayi dipotong kecil2 dan sesuai untuk dipegang oleh mereka. Walau bagaimanapun, anda masih perlu memberi bayi makan menggunakan sudu bagi memastikan makanan yang diambilnya mencukupi setiap hari.

12-24 Bulan
Mulakan dengan :
* Makanan biasa
Sekiranya anda tidak lagi memberi bayi minum susu badan /  susu formula, pastikan dia dapat nutrien yang mencukupi untuk tumbesarannya.

Berapa banyak?
* Jumlah hidangan yang diperlukan setiap hari ialah 1/2 keping roti, 1/3 cawan bijirin ataupun pasta, 1-2 sudu besar buah-buahan atau sayur-sayuran (puri) atau 1/2 -1/3 buah-buahan yang dipotong kecil. Selain itu, mereka perlukan juga 1 auns daging, 1 biji telur atau 1/2 cawan kekacang. Untuk keperluan kalsiumnya, bayi mesti mengambil 4-6 auns susu, 1/2 cawan yogurt ataupun 1/3 auns keju.

Resipi kejayaan :
* Didik bayi makan makanan yang seibang setiap hari sejak kecil. Bagi meransang minat bayi untuk makan, pelbagaikan jenis, warna, rasa dan tekstur makanan yang diberikan pada mereka setiap kali waktu makan.

Friday, March 19, 2010

Betulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Google sana google sini, terjumpalah tips ni satu website. tapi dh x ingat pe linknya. Kalau dulu orang tua-tuanyer petua, suruh mak bidan pusingkan, banyakkan berjalan dan paling penting banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T. Antara tip-tipnya ialah: 1.Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang. 2.Elak silang kaki - Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul. 3.Temukan tangan dan lutut - Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk. 4.Duduk dengan kaki terbuka - Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang). 5.Amalkan ÜFO - Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.

Tuesday, October 13, 2009

Appoinment baru2 ini

hari ahad baru baru ini, aku ada appoinment dgn Dr Ganga. aritu dr wat vaginal scan tuk pantau pengeluaran telur.drpd scan itu dr gtau telur yg ada kecil2 means tdk matang.dan ada satu bentuk yg agak besar saiznya dalam 3.55cm. Dr bagitau itu berkemungkinan cyst. aku penah jgk tebaca tentang benda ni. dr refer aku ke general hospital tuk rawatan selanjutnya.katanya cyst ini jika membesar dia boleh menyebabkan ketidaksuburan..risaunya aku masa tuh..jika ia membesar, ia pelu dibuang..huhu.. kat sini aku nk kongsikan sedikit mengenai cyst ini..artekel aku amik dari kawan blogger aku nizza-abira.ngehngeh...sory eh nizza amik tanpa pengetahuan awk..hehehhe...

Definisi cyst. Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah

Jenis-Jenis Cyst Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum : Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini? Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah: **Sakit perut **Rasa perut penuh dan tak selesa **Rasa berat pada ari-ari **Sukar atau kerap kencing **Sakit semasa hubungan seks **Muntah dan loya.

Diagnosa Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut. Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburanBagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.