Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Bebel Pagi

Assalammualaikum w.b.t

Haiiilaaa..mengeluh panjang nampak. Erm orang tua-tua cakap tak baik mengeluh-mengeluh ni.. Takde apa sebenarnya. Cuma nak kabar je, sedang mood nak update blog dah kembali, pc pulak dah buat hal. So, dua tiga empat hari jugaklah blog menyepi. Hihihi..macam la kisah yang nak diupdate tu meletoppp sangat..Tak kisahla kan meletop ka, bantat ke apa..yang penting boleh melepaskan gian menulis apa saja kat blog ni.. Menulis kat blog ni, satu terapi jugak tau. terapi dikala bosan, sedih, happy pun boleh. Pendek or panjang kata semua pun boleh lah. Jangan dok bebel pasal isu sensitif sudah la. Kang tak pasal-pasal kena saman lak. Sekarang ni, tak puas hati ja, samannnn.....Betol tak?? Hihihi...Yang pastinya bukan musykil lagi yer, hakak suka menulis kat blog..k bye jumpa lagi...hehehhee

Saturday, May 21, 2011

Wajah Yang Bisa Buat kutersenyum Kembali

Assalammualaikum w.b.t


Kalau aku sedih ke bosan ke, bila tengok wajah ni pasti aku akan tersenyum kembali. Walau tengah marah sekalipun, pasti marah akan hilang. Yang ada hanya senyuman dibibir. Wajah cukup membuatkan hatiku bahagia. Itulah wajah permata hatiku. Dah pandai buat macam-macam aksi dah sekarang ni. Semuanya bisa mencuit hatiku. Foto pertama diambil pagi semalam ketika Amanie baru bangun tidur. Tengok ja mama dok ready nak ambil foto dia wat senyum kambing begitu. Hahaha..lucuu..Foto kedua lak diambil petang semalam, ketika mama dan papa baru balik keja. Papa yang ambil foto tu. Masa tu Amanie dok bz menyepahkan rumah. Papa dok pulun panggil dia. Last2 bila dia tengok, dia buat muka best macam tu..Aduii sungguh terhibur dengan keletah anakku ini.. Asal boring kat tempat keja, terus mama akan buka galeri kat hanset,terus tengok foto Amanie..Serta merta ceria kembali..Kaulah ilhamku dan sumber inspirasiku..hahaha marah papa ni sebab tempat dia dah ada orang lain yang ambil alih..kuikuikui


Friday, May 20, 2011

Aku yang addict

Assalammualaikum w.b.t


Parah ni sampai addict2 kan. Ha mau tau la. Sekarang ni tengah addict ngan drama kat TV3 petang2 tu. 'Nora Elena'. Setiap petang pasti aku tak melepaskan peluang la nak tengok cerita tu. time tu jugak Amanie pun pasti suka sebab mama dia bagi kebebasan untuk dia buat apa saja janji jangan kacau mama sudeyy..hahahaha..Bermaharajalela la anak dara aku. Panjat sana panjat sini,  tak ada sapa nak p tangkap dia lagi. Pastu tolong mengemas untuk mama dia.Ambik habuan la mama yer nanti. Sekarang ni kalau nak p pasar malam after drama ni baru nak p. tak mau p awal2 sebab takut telepas cerita ni. Aduii haru sungguh laaa..hahaha

Cerita ni mula-mula tu aku cam tak berapa layan la sangat tapi still tengok la sebab ada Aaron Aziz kan. Bila dah hari-hari layan macam best la plak tu pasai sampai teraddict ni. Bila cerita ni habis, Amanie pun dah ngantuk trus bagi dia tido dulu sekejap. Masa ni la aku laju-laju p siapkan dinner untuk si suami. Kena laju-laju kang slow2 Amanie bangun tak jadi kejanya. Kawan-kawan aku cakap cerita Nora Elena tu diadaptasikan dari sebuah novel. Ye ker? Aku tak tau pulak sebab aku ni bukan hantu novel..huhu..Menarik jugak yer tajuk novel ni..


korang addict tak ngan cerita ni?huhu..

Thursday, May 19, 2011

Mau Potong

Assalammualaikum w.b.t

Potong apa meh?? Di kala ini aku ingin sangat nak potong rambut.Rambutku dah panjang sangat, takla panjang melepasi pinggang lagi pun tapi bagi aku panjang sangat dah lani. Aduh aku lemas dan aku rimas. tak sempat lagi ni nak p potong. Malas nak p sorang-sorang. Si suami plak asyik bz memanjang so takde sapa yang nak temankan.huhu..Tak tau nak potong style mana. Yang pastinya tak mau la pendek sangat. sedang-sedang sudah. Tapi penyakit aku ni kan, masa tak potong lagi rambut tuh nak sangat potong. Rimas la, lemas la, panas la..Macam-macam rungutan la. Tapi sekali dah potong dan tengok rambut yang dipotong tu kat lantai terus banyaknya rambut aku.sayangnyer potong.huhu..Apa-apa ja kan..Pasti aku tetap nak potong jugak rambut aku ni dah serabai rasa..Boleh plak satu malam tu abang cakap rambut aku dah macam hantu 'Ju on'. Ada ka patut..tapi nasib baik dia tak kata macam 'hantu kak limah'.. Lagiii la tak patut kannnn.hahahaha..





Semua foto ehsan dari google..
p/s: agak-agak la kan, kalau aku potong rambut macam salah sorang artis tu, jadi cun macam diorang kah?  
      hehehe

Wednesday, March 30, 2011

Taman Perbandaran Pulau Pinang 27/03/11

Assalammualaikum w.b.t

Lama rasaya menyepikan diri dari dunia blog. Ada banyak benda nak cerita tapi mood plak tak menentu. Asyik malas ja nak bercerita.huhu..Ni nak cerita pasal last weekend, Selalunya weekend kitaorang akan balik kampung. Biasa la maktok ngan wan asyik la bertanya balik kampung ke tak minggu ni. Teringat kat Amanie.. Aduyaii sekarang ni asyik la dok teringat kat cucu ja..kat anak dah tak teringat dah.

Ahad lepas, kitaorang pergi beriadah kat Taman perbandaran. Saja ja bawak Amanie keluar jalan-jalan. Kesian Amanie tak pegi mana2. Kat situ ada kolam. Jadi ni fisrt time la Amanie main air kolam yer.. Mula-mula nak bawa pegi Batu Feringgi, tapi keadaan cuaca tak berapa nak clear cancel la. Kan apa, situ kan pantai takut la..Teringat kat Jepun nuu..ngeriiii

Tak sangka pulak Amanie suka main air kolam tu. happy ja dia. Amanie dengan air memang suka. Kat rumah dok mandi pun tak penah lagi la mama dengar dia menangis. Suka mama tengok anak mama happy. Sengih manjang sepanjang main air ngan papa. Yang kelakarnya, bila papa bagi Amanie dekat mama dia tak nak, dia nak ke kolam tu lagi.Ermm...Time balik pun dok toleh-toleh ke kolam lagi ye sayang. Nanti-nanti free kita pegi Batu Feringgi plak ok sayang..Jom usha foto:)



Thursday, January 06, 2011

Produk Penjagaan Wajahku

Assalammaualaikum w.b.t

Bercerita mengenai wajah, semua yang bergelar wanita atau perempuan pasti inginkan kulit wajah yang sihat, bersih, putih, gebu, licin, pendek kata cantik la. Suatu ketika dulu, di zaman remaja kulit wajah mama ok ja. Nak kata cantik tu takda la kan. Tapi bebas dari jerawat dan segala parut-parut jerawat. Masa tu mama hanya pakai krim safi yang tutup hijau tu je. Memang kulit wajah tu putih mulus la.

Tapi, tu dulu...Sejak mama dah kahwin, jerawat mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Huhuhu...sangat tak suka tau. Sejak dari tu mama mula tukar-tukar produk penjagaan wajah. Mama cuba macam-macam jenama tapi tiada hasil yang memuaskan. Masa mama mengandungkan Amanie klit wajah mama bertambah teruk. Jerawat yang tumbuh tu meninggalkan kesan degil la plak. Degil betul nak hilang parut-parut tu. Adoyai tension betul perasaan ini.

Ermm, ikut rasa hati nak je cuba produk yang mahal-mahal. Tapi bila fikir-fikir balik, cam tak mampu pulak.hihi..Jadi sekarang ni, mama tekad cuba balik produk safi yang dah lama mama tinggalkan. Mama cuba produk safi rania gold. Terpengaruh juga mama dengan feedback positif dari pengguna SRG. Cuba je lah. Lagi pun harganya mampulah dimiliki. Semalam mama pi beli SRG. Mama ambil yang basic set untuk kegunaan siang. Dalam set tu ada pembersih wajah, toner dan serum. Katanya SRG bagus untuk awet muda. Harus lah cuba juga kan memandangkan umur ni pun dah semakin matang. Hahaha..Di samping tu, mama turut pakai semula krim safi yang tutup hijau. Ermm apalah kesannya nanti yer. Ker takda apa-apa kesan.huhu..harus sabar menunggu. Harap-harap produk ni sesuai la dengan kulit wajahku dan dapat la menghapuskan parut-parut yang bermaharajalela itu.

nampakkan parut2 kat pipi dan area bawah bibir
harap produk ni dapatlah membantu diriku

Monday, January 03, 2011

Sunyi Dan Rindu

Assalammualaikum w.b.t

Semalam Amanie tinggalkan mama dan papa. Amanie pi mana yer. Ermmm Amanie pi tidur dengan BS dia.huhu..BS minta izin nak bawa Amanie balik tidur di rumah dia. Mama izinkan je, sebab Amanie malam-malam sangat susah nak tidur dan mama dah tak larat sangat nak melayan kerenah Amanie sayang.Hihihi..Nak juga bagi BS dia merasa. Noty kan mama. Ala kan jauh mana pun rumah BS Amanie. Kat blok yang sama tingkat tujuh ja. Kalau dok kat luar dari blok mama ni harus mama tak izinkan.huhu..

Ermm..tapi kan dari niat nak tidur dengan aman tanpa Amanie merenggek kat tepi telinga mama, lain plak jadinya. Mama tak leh tidur juga sebab asyik dok teringat ja kat Amanie.Huhuhu..sunyi rasanya tanpa renggekan manja Amanie. Rindu pulak dengan tangan kecil yang bau air liur tu dok kuis-kuis muka mama tiap-tiap pagi bila dia bangun nak susu...owhh sungguh mama rindukan Amanie.

Yang tak tahan tu, masa BS ambil Amanie keluar dari rumah, mama panggil la Amanie. Boleh pulak dia tengok mama sambil sengih-sengih. Amboii ke main suka lagi eh dia nak tinggalkan mama. Ke main suka lagi eh nak pi tidur umah ummi sally. Noty tau Amanie sayang..huhu..Cepat la jam bergerak. Tak sabar ni mama nak p ambil Amanie balik. Amanie tunggu sharp jam 5.15pm bedesuppp mama sampai kat pintu rumah BS eh :) Anak takde apa-apa, mamanya pulak yang lebih-lebih kan.huhu



Wednesday, December 15, 2010

Driver Perempuan Yang Main Redahhh Jewww

Assalammualaikum w.b.t

Ni saja nak cakap pasal karenah driver perempuan. Mama tahu mama pun perempuan jugak ye. Tapi mama sangat tak suka dengan driver perempuan yang main redah je (untuk mereka yang berkenaan sahaja). Yang drive berhemah tu ok la kan. Alkisah, baru-baru ni mama nak pi keja. dok tengah-tengah drive tu, tiba-tiba ada satu kereta ni, kelam-kabut ja nak masuk jalan mama. Sama-sama bagi signal tu terus je redah nak masuk, boleyy? Hati mula la nak panas kan. Bukan panas sebab dia potong turn mama, tapi panas dengan sikap tu. Asal bagi signal terus nak masuk. kalau driver yang kat lane tu tak perasan cam mana. kan dah susah. Lagi panas, bila dah masuk tu, leh pulak slow-slow macam siput dah tu dok syok pulak main tekan-tekan break. Aduii bikin panassss pagi-pagi. Mama apa lagi, ada peluang leh potong ja, terus potong kereta tu.Siap toleh kiri lagi tengok siapakah gerangan si driver tu. Ermmm kalau drive macam tu, dari awal-awal lagi mama dah agak mesti perempuan. Dan sangkaan mama memang betul. Mama cukup risau kalau tengah drive ikut belakang kereta ataupun berada kat depan kereta yang drivernya adalah perempuan. kan risau apa, takut kalau-kalau mama terlanggar dia atau dia terlanggar mama.Tapi tak semua driver perempuan bersikap begitu ye. Huhuhu..

p/s : Pagi-pagi lagi dah potong mood..apakah? 

Thursday, November 25, 2010

Mama pun Sakit

Assalammualaikum w.b.t


Semalam mama sakit perut lagi. Kali ni sekali dengan cherry berry ye. Huhuhu..Rasa letih ja dan malas nak lakukan segala. Mama tak larat sangat nak masak untuk dinner, jadi papa tapaukan saja. Nasi goreng ayam untuk papa dan bihun sup untuk mama. Selera makan mama juga berkurangan.huhu..Mama makan sikit je. Bihun sup tu tak sedap.

Amanie pulak masih merengek-rengek. Kesian dia. Dah la demam, mama lak tak berapa nak layan dia sangat. Mama tak larat sangat. Papa yang duk layan Amanie. Kan apa, Amanie kalau nampak mama makin menjadi-jadi merengek tu. Manja betul dia dengan mama. Malam-malam kalau dia terjaga dari tidur untuk menyusu, bila terpandang mama ada ja mula la dia pasang volume dia tu. Kalau papa yang tidur sebelah dia, takdelah pulak dia nak nangis bagai. Amanie, Amanie, manja sangat la kamu.

Pagi-pagi lagi, mama dan papa dah bawa Amanie ke RSAT  (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk check up enam bulan. Kena cucuk lagi. Berat Amanie sekarang 5.5kg. Sikit ja pertambahan berat badan dia. Mungkin sebab demam kot. Mama perasan bila Amanie demam, susu jarang dia habiskan. Mungkin takde selera. Macam orang besar-besar juga kot. Tiap kali demam mulut terasa pahit je, tekak tiada selera. Macam tu kot. Nasib la orang tak ramai sangat hari ni. Tak perlu lah menunggu lama-lama kat situ. Risau kalau lama-lama kat situ, nanti Amanie buat perangai macam bulan lepas. Jenuh mama nak memujuk dia. Kalau mama sihat mama tak kisah, ini mama pun sakit juga.

Lepas settle kan chec up Amanie, mama pulak masuk jumpa doktor. Ambik ubat. tak tahan rasa dok tanggung sakit, pastu dok ulang-ulang masuk rumah kecik..huhuhu... PAling penting mama nak cepat-cepat sembuh, nanti bleh layankan karenah Amanie. Terkejut mama, banyak betol la ubat yang doktor bagi. Huhuu..mau tak mau kena la makan jugak kan. Kata nak cepat baik. Dan yang paling penting tiada ubat dalam bentuk cecair sebab mama memang tak suka. Lepas antarkan Amanie kat BS, terus mama ke ofis. Sesampai di ofis terus mama makan ubat yang ambil tadi. Alhamdulillah sekarang ni tiada lagi rasa memulas-mulas dan rasa untuk memerut.

Monday, November 15, 2010

Serangan Buat Mama

Assalammualaikum w.b.t

Petang semalam, ketika dok layan tv, tiba-tiba sesuatu datang menyerang mama. Azab sekali ok. Sekejap dia serang, sekejap dia diam. Aduh sungguh mama tak tahan. Papa dan Amanie tido. Tinggal la mama keseorangan berperang dengan serangan-serangan yang tak diundang itu. Tak penah - penah mama
alami serangan macam tu. Mula-mula mama mampu bertahan, tapi bila dah lama dah xmampu dah nak menahan. terus mama bergegas ke
                                                        ................


                                                       ....................

                                                       ....................


                                                       ...................


                                                       ...................


                                                       TOILET :)

Mama diserang sakit perut daaaa...Sakit sangat. Asyik dok ulang alik ke toilet ja. Sepetang dan semalaman juga la mama dok menanggung azab tu. Papa paksa mama minum ubat yang papa amik hari tu. Ubat air. Mama kalau ubat air memang mama angkat bendera putih la. Tak suka tau.. kalau ubat biji, mai p la besar mana pun, mama sanggup telan. Papa paksa juga minum. Dan rasanya eeeeeyaaaakkkkk..Tapi selepas tu, takdelah mama dok berulang-alik lagi. Rasa memulas-mulas itu pun dah kurang. Tak tahu la mama salah makan ke apa. Tapi yg mama ingat la mama belasah makan laksa yg BS antar kat mama.huhuhu.. Dah lama ngidam tu. Akibat serangan itu, Amanie pun mama dah tak larat dah nak melayan dia bermain-main. Papa yang dok kisahkan Amanie. Amanie bila tengok mama mesti dia tegur-tegur mama. Kesian dia, nak ajak mama main dengan dia la tu. Selalu mama selalu dok main-main, gomol-gomol dia. Tapi semalam adalah tiada.. Kesian anak mama yer..Sorry my dear. Malam ni kita main-main cukcakcukcak eh..



Amanie tegur2 mama, mama wat taktau, dok menahan sakit.huuhuhu..sory sayang

Friday, October 22, 2010

Teringin

Assalammualaikum w.b.t


Adehhh  mama teringin betol la nak makan laksa. Pecaya atau tidak mama dah tak makan laksa hampir 5 bulan tau..Sejak melahirkan Amanie sampai la sekarang ni, tak penah sentuh langsung laksa. Mak tak bagi mama makan lagi, katanya laksa tu sejuk takut nanti mama sakit urat.huhuhu..susah benarnya bila kita dah melahirkan anak ni. Macam-macam nak kena jaga. Dari segi luaran juga dalaman yer. kalau tak jaga diri sendiri yang merana. Ambik la habuan...

Disebabkan mama tak leh makan laksa, aidilfitri baru-baru ni, terpaksa mama warning kat mak, JANGAN BUAT LAKSA..(saja letak tulisan warna merah menggambarkan penegasan:) huhuhu..Lazimnya tiap-tiap kali hari raya mak mesti buat laksa. memang tak pernah miss la. Nasib la mak prihatin ngan mama..sayang mak banyakkkkk laaa.

Masa jamuan hari raya lepas, BS Amanie duduk sebelah mama. Tapi bukan itu yang menjadi cerita utama. Cerita utamanya, BS Amanie makan laksa. Ya allah, bauuunyeee buat mama tergoda. Tak tahannyer. Bukan bau BS yer tapi bau laksa.. Menggugat keimanan mama. Sabar...sabar....Mak kata sekurang-kurangnya harus pantang makan laksa sampai setahun.. Awat lama sangat naaaa...

Haaa satu lagi benda yang mak kata perlu pantang.Yang ni jugakk



Ayaq nyok muda...wallllahhhh....sedap kan..sejuk ja tekak eh bila minumnya. Mak kata perlu pantang minum air ni sampai la mengandung lagi. Lama tu naaa..tapi kalau tahun depan termengandung lagi leh la ceq minum naa..hahaha...Benda yang ceq suka la yang perlu pantang yerr. Nasib badan..

Thursday, October 21, 2010

Tertekan owhh

Assalammualaikum w.b.t

Mama sangat-sangat tertekan semalam. huhuhu...pulut sekaya ku tidak menjadi..Ni pestime tau mama try buat kuih ni. Dulu-dulu mama tak suka masak. Tapi sejak dua menjak tiga menjak (nabill la sangat kan), mama suka sangat memasak. Suka sangat bila tengok papa makan hasil air tangan mama. Sejak menjadi suri hidup papa la. Masa bujang-bujang dulu hampeh nak masuk dapur. Mak suh p masak, wat dengar tak dengar je. Baguihhhh betoii laa...Ha la ni, buat kuih pun tak qeeti..padan la muka mama kan.

Semalam tingin nak makan pulut sekaya. Bukan tak leh beli, tapi saja nak buat sendiri. Lebih banyak..Check bahan-bahan kat dapur, yess mencukupi. so, pas amik Amanie dari BS, terus masuk dapur, dengan gigih menyediakan makan malam dan juga sesi membuat pulut sekaya. Last sekali tengok hasil pulut sekaya amatlah mengecewakan. Sungguh mama tertekan. Rasa ada tapi lembut..huhu..terlebih santan kot eh..Papa kemain lagi dok sengih-sengih mainkan mama. Ahhh pedulikkkk...Disebabkan rupa kuih ku yang tak segak tu, mama malas la nak uplode fotonya. Maluuuuu....
Puan cheff yang tertekan. walaupun begitu kutetap berikan senyuman manisku:)

Tuesday, October 19, 2010

Kek Milo Mama Syaida

Petang semalam, lepas balik keja singgah kedai beli bahan-bahan untuk buat kek milo. Teringin nak makannn. Tapi bukan mengidam ye kawan-kawan.hehehe.. Ini adalah cubaan kali kedua yer. yang pertama kalinya buat kat kampung. Yang buat kat kampung tu kurang menjadi sebab telah terjadi macam apam pisang daaa..hahaha...Kek ni simple je..bahan-bahannya tak complicated..

Sampai-sampai kat umah, p amik amanie dulu. Kisahkan si amanie dulu. Bila dah letih bermain-main, susukan dia dan tidokan dia. Bila dah tido tu, mama start la menggigihkan diri kat dapur nunn..Gigih wat kek..dan akhirnya tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya jugak kali ni. tapi dah serupa kek coklat kukus la plak. takpalah janji ada rasa yer. papa pun sukaaa. resipinya begini :-

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan milo
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas (betul2 panas ye)

Caranya:-
1. Ayak tepung, milo, serbuk koko, baking powder bersama. gaul rata
2. Pukul telur, susu, gula, minyak, esen bersama sehingga sebati. kemudian masukkan dalam bahan yang diayak tadi. Gaulkan semuanya sehingga sebati
3. Akhir sekali masukkan air panas. kacau rata
4. Tuangkan adunan dalam loyang.kukus selama 1 jam atau sehingga masak. siap



Thursday, October 14, 2010

Perutku Buncit

Assalammualaikum w.b.t

Perut sapa buncit? Bukan perut sapa-sapa tapi perut mama. Gerun la bila perut yang flat dah menunjukkan tanda-tanda buncit. Takutnya mama dengan perkataan tu. Huhu..Bila dibelek-belek, sangat la buruk. macam ni...


ni lagi...

dan lagi....
Oh no, perut oh perut jangan la buncit. Mama tak suka tau. Papa pun dah tentu-tentu tak suka.Takut-takut di mulut cakap ok, tak kisah semua tu, terima seadanya diri ini, tup tup kat belakang dah ada part time lover. Apakah??? Kalau bernasib malang lagi full time lover...wuuuhooooo sangat merbahaya tu.. Mama harus la beringat-ingat. Jadi mama perlu lakukan execise apa yang patutkan. Tekad!! Pagi-pagi mama akan berexercise macam gini.... 

Dan akhirnya terus mendapat hasil yang super menakjubkan. Memiliki perut yang flat lagi sihat-sihat. Tapi mungkinkah berlaku dengan budak kecik yang manja sorang tu. Ahhh perlu dilakukan juga demi kebaikan bersama. Kan best kalau perut terus kekal begini ja..mana la nak dapatkan..

Friday, October 01, 2010

1 October Datang Lagi..

Assalammualaikum w.b.t.


Ada apa dengan 1 October?? Malas nak bebel banyak-banyak. Yang pastinya hari ini adalah hari kelahiran mama. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi ini. Tiada apa yang diharapkan, melainkan sentiasa diberi kesihatan yang sempurna serta kebahagiaan di samping insan-insan tersayang..Aminn...

Drama Tv Kegilaan Mama Diketika Hingus-hingusan

Assalammualaikum w.b.t.


Cerita ni, korang pernah tengok tak? Ni antara cerita kegilaan mama masa kecik-kecik dulu. Rasanya cerita ni 20 tahun yang lepas. Ketika mama darjah dua. Wow! berzaman sudahhh...Mama memang fanatik gila dengan cerita ni sampai mama selalu jugak la memonteng mengaji al-quran. Selalu la gaduh ngan mak dulu sebelum p mengaji. Menangis-nangis tak mau p nak tengok cerita ni ja. lepas tu petang-petang dok buat gila main bola tampar dengan kawan-kawan dan sepupu-sepapat. Haiiiihh nostalgia betol laaa.


 
Ni lagi satu cerita yang mempengaruhi mama untuk memonteng. hahaha. Mesti korang pun pernah terpengaruh macam mama kan? Takkkk..Kalau tak korang semmemangnya budak yang baik.hihi..Mama masa tu memang gila la kat hero cerita ni. Sampai berangan-angan nak ada pakwe muka ala-ala hero  ni Hensemm..cit poorahhh..

 
Cerita gaban ni pun mama layan jugak. Lagi kan mama layan cerita ni haaaa....

Hahahha..udah-udah la ye..kalau nak dilistkan jenuh jugak la. sebab banyak juga la cerita karut-marut yang mama suka layan keik-kecik dulu..hehehe..

Mama Bersalah Bila...

Assalammualaikum w.b.t.

Lebih kurang 3 tahun yang lepas, dengan secara tidak sengaja mama telah melukakan hati seorang lelaki. Seorang lelaki yang berkulit coklat, berkumis tebal, berwajah agak garang. Percaya atau tidak suatu ketika mama pernah membuat lelaki itu menangis. Ya!! Dia menamgis kerana kata-kata yang lahir dari bibir mama. Sumpah!!! Mama tidak sengaja. Di kala itu, mama terlalu muda lantas terlalu menurut kata hati. Mama terlalu sayangkan lelaki itu, walau suatu ketika lelaki itu pernah mengecewakan mama sekeluarga.

Mama tahu terlalu banyak lelaki itu cuba membahagiakan kami semua. Sanggup berkorban apa sahaja, harta atau nyawa. Mama bersalah, mama berdosa, kala itu, mama tak sanggup lagi nak menunjukkan wajah mama padanya sebab mama sedih. Sedih melukakan hatinya. Lelaki itu merajuk dengan mama. Tapi, rajuknya tidak lama kerna kasihsayang mengatasi segalanya. Sumpah!! Takkan kuulangi lagikesalahan yang sama. Korang jangan jadi macam mama tau. Mama sedar dulu mama bukanlah anak yang baik. Alhamdulillah mama sekarang semakin insaf dan mencuba menjadi yang terbaik buat ayah, mak, papa, amanie dan seluruh keluarga mama.

Lelaki itu, ayahanda ku tercinta…
Ampunkan anakmu, walau ku tahu diri ini telah lama diampunkan..
Anda semua sudahkah memohon kemaafan dari ayahanda dan bonda tercinta?
Mesti dah kan..raya kan baru je lepas ye dakkk:)



Thursday, September 30, 2010

Bila Mama Berkaca Mata

Assalammualaikum w.b.t

Cuaca hari ni kelihatan agak ceria berbanding 2, 3 hari yang lepas. Sinaran matahari tanpa segan silu memancarkan cahayanya ke bumi. Semua report yang perlu hantar pada sales manager dah pun settle. Makanya, dikesempatan yang agak terluang ini mama nak coretkan sesuatu. Tetiba mama teringin merepek-merepak kat sini pasal kaca mata atau cermin mata atau nak ringkas lagi speck:) Mama start xtive bermata 4 semasa mama di tahun-tahun terakhir di universiti.

Bercakap pasal speck ni, mama teringat la zaman mama kaladulu dulukala, semasa mama masih pendek (sekarang tinggi sgt ke?), masih hingu-hingusan, masa suka sangat nak berkaca mata. konon macam bagus giler la kalau berkaca mata. Macam budak-budak bijak gitu. hahaha.. padahal hakikatnya, mama fikir la sendiri yer. Akibat ketaksuban mama tu, mama senyap-senyap telah meminjam mengambil speck tok mama buat main cikgu-cikgu dengan adik-adik dan juga sepupu mama. Hahaha..cuba bayangkan muka mama yg kecik diwaktu tu memakai speck tok yang agak besar, memang besar la dari bentuk muka bumi mama. Macam bini popye pun ada. eh bini popye mana pakai speck kann.

Sekarang ni, mama rasa cam tak best je jadi awex specky ni. Awex ke? Dah punya anak sorang. Belasah la kann. Tah la, mama rasa macam budak skema jeee. Mama rasa macam mama lebih berusia. hahaha...tak mau ngaku yg diri tu dah semakin dimamah usia. kadang-kadang mama pakai jugak contact lens untuk nampak lebih ayu sket. sket ja tak banyak pun. Kalau pakai speck ayu banyakkk..kihkih. sekarang sejak ada Amanie, mama kerap bermata 4. Alasan, xsempat nak robek2 tampal lens tu. Amanie kalau di waktu pagi, jaga dari tido takleh takder manusia di depan dia. kang melalak ja keja dia. Mama pun tak faham kenapa Amanie berkelakuan sopan begitu:) Tak kisah la macam mana keadaan mama sekali pun.. Apa yang penting penampilan tetap dijaga. Awex specky pun menawannnnn apa???

Awex cun bersama motobike mat remp-it mana tah;)

Sakitnya Pinggangku

Assalammualaikum w.b.t


Dari petang semalam lagi pinggang mama sakit. Tak tahu kenapa. Sangat sakit bila mama duduk bersila atau tido kan, pastu mama nak bangun, aduhhh sangat sakit ok. Seksa sungguh la rasa. kalau mama duduk atas kerusi kurang la sket sakitnya. Agaknya mama tak perlu membongkok untuk bangun kan. Hari ni pun masih terasa sakit lagi. Tak kena tang mana pun tak tau la. Adakah ini kesan akibat mama kurang berpantang masa lepas melahirkan Amanie. Huhu.. Dulu tu bukan mama degil tak mau berpntang tapi keadaan tidak mengizinkan mama. Ke hulu ke hilir di hospital menemani Amanie. Harap2 cepat la lega sakit pinggang ni..ouchhhh

Monday, September 27, 2010

Masa Bersama Amanieku

Assalammualaikum w.b.t




mama pun ado..hihi
Semalam, kami sekeluarga tak kemana-mana. Hanya melepak-lepak kat umah je. Seperti biasa di hari cuti sebegini mama akan menghabiskan masa selesaikan kerja umah. Cepat-cepat mama kemas umah, basuh pakaian, cuci pingan mangkuk serta masak untuk lunch mama dan papa.

Bila semua settle, baru puas hati mama. Nanti dapat la mama luangkan masa bersama Amanie pula. Amanie bangun jam 11pagi. Lewat anak dara mama ni bangun eh. Mama kenyangkan perut anak mama dulu. Kemudian mama akan melayan Amanie berborak. Memang menjadi rutin harian Amanie begitu. Mama takkan pernah bosan melayan kerenah Amanie kerana mama tahu, Amanie dalam proses pembelajaran. Bila Amanie macam dah bosan, mama pun p mandikan Amanie. Selesai mandi dan bersiap, mula la Amanie mengantuk lagi. Anak kecil, itulah hobinya. Tido ja..

Petangnya pula, mama main2 dengan Amanie lagi. Mama bagi bear kat Amanie. Sengih kemain lagi bila mama usik-usik dia ngan bear tu. Sampai meleleh-leleh air liur. Aduhh anak mama. Amanie dah pandai pegang tapi tak kuat lagi pegangan dia tu. Amanie kurang tido hari ni, sebab mama asyik dok kacau dia. Hehhee…sory sayangku..saja ja mama biarkan Amanie lama-lama sikit baru bagi tido sbb mama nak main-main ngan dia. Sian anak mama tak cukup tido hari ni;)