Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label papamama. Show all posts
Showing posts with label papamama. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Personaliti Diri Berdasarkan Bulan Kelahiran

Assalammualaikum w.b.t

Mac - Papa Noty
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu balas budi dan kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang amat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa
  • Jangan terlalu moody
October - Mama Comey
  • Suka sembang
  • Suka orang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikkan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan-kawan
  • Sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik tetapi merajuk tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam-kabut
  • daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan)
  • suka melancong, bidang sastera dan seni
  • pengasih, penyayang dan lemah-lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat
Mei - Amanie Manja
  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi fizikal dan mental
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tapi mudah dipengaruhi orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik (otak kiri)
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga, leher, dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalan tinggi
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros

Friday, October 15, 2010

Nakal ye Bang???

Assalammualaikum w.b.t

Bagi yang dah berkahwin atau yang tengah hangat bercinta tu, partner korang nakal tak? Kalau tak, okey la kan. Selamat jiwa raga, batin tak terseksa. Tapi jika partner tu nakal, makan hati juga dibuatnya. Suami mama, nakal ke tak eh? Dah nama pun lelaki kan, dah tentu-tentu dia nakal. Ada mama kisah? Ermmm kisah jugak la dah nama pun isteri kan. Kalau tak kisah, rasanya mungkin dah lama kami tak bersama lagi.huhu.. Tak tahulah pasangan yang lain. Dulu mula-mula tu memang mama geram gila. Apa tak geramnya, asal nampak awek seksi meksi, mula la dok peeewit peewitt. Pastu dok sengih-sengih kat mama. hampehhh kann..kalau la mama yang buat perangai begitu, mula la perang dingin. adoiiiyaii.. Bila dah lama-lama tu, mama dah tak marah-marah macam dulu lagi dah. Sebab mama tahu papa suka-suka ja. Tapi kan, Mama beringat-ingat juga takut dari suka-suka terus tangkap cintan. opppsss nauzubillah...minta dijauhkan..Sapa la yang suka berkongsi kasih kan..sedangkan yang baru dok bercinta tu pun cemburu bila si dia bersama orang lain, inikan pula yang dah berkahwin. Bab tngok awex cantik sexsi meksi, yang tak cantik tp sexsi pun pulun tengok jugakkkk, memang mama xleh wat apa la. Memang takleh nak kontrol la papa bab tu. Memang dah fitrah lelaki kan. Ada ke lelaki yg tak pandang perempuan lain langsung ehhh???? Ada ke????
Ni la budak nakal tu....bwekkkkk

Thursday, October 14, 2010

Hati Berbunga-bunga

Assalammualaikum w.b.t

"Papa saaayannggg sangat kat mama".. Ini adalah ungkapan. Ungkapan yang simple tapi sangat bermakna. Bertambah bermakna bila ianya diucapkan insan tersayang dengan penuh keikhlasan. Semalam papa ucapkan lagi kata-kata itu. Bukan tidak pernah papa ucapkan sebelum ini. Cuma, semenjak adanya Amanie dalam hidup kami, kekangan masa seolah-olah cemburu pada kami. Huh! tetiba menyalahkan masa..Bila dah agak lama kata-kata ni tak diucapkan, tiba-tiba diucapkan kembali, bisa menggetar jiwa mama. hihihi..Berbunga-bunga rasanya seolah-olah dalam hati ada taman. Mood jiwang-jiwang dan happy-happy sejak semalam lagi :)

Awas!! Aksi begini hanya untuk yg halal..kukuikui
Pelikkan, kenapa la mama leh rasa terharu bila papa berkata-kata begitu. Papa berkata-kata sambil hug mama kuat-kuat. Mama tahu papa ikhlas. Kalau tak ikhlas sendiri mau ingat ye papa.hahaha. Ada bagusnya juga ye bila jarang-jarang diucapkan kata-kata romantis itu. Romantis la sangat kan...Redha suamiku bukanlah seorang yang romantis. Namun mama kenal siapa suami mama. Papa mama sayanggggg papa jua:)

** Jom mama belanja ;) macam iklan kat tv tuuuuu...
      mood sangat-sangat bagus arini...


Tuesday, October 12, 2010

Weekend Di Kampung

Assalammualaikum w.b.t

Weekend baru-baru ni, kami sekeluarga balik kampung. Niat asal, nak balik raya haji nanti. Tapi disebabkan maktok Amanie dan juga famili di kampung asyik la dok bertanya bila Amanie nak balik kampung, makanya kami bertiga pun balik la jugak sebab kesian plak kat maktok Amanie. Rindu sangat dia kat cucunya tu. Asal call mama ja mesti tanya bila nak balik kampung. Tak sampai hati pulak mama nak biarkan mak terindu-rindu. sakit woooo rindu-rinduan ni.huhu...

Jumaat jam 8.00 malam, kami bertiga pun bertolak dari penang ke kedah. Masa ni, Amanie dah tido. Mengantuk sangat kot, sebab petang tu mama biarkan dia main-main dulu tak kasi dia tido.hihi. Kitaorang sampai di kampung dalam jam 10 malam plus2 gitu la. Sampai-sampai ja, maktok terus amik Amanie dari mama. hahaha..Rindu gila nampaknya.hehehe..Amanie plak masa tu mamai-mamai lagi. Celik-celik mata terus ekkkk ekkk..Mukin marah tidonya diganggu. Tapi tak lama lepas tu dah jadi budak baik.Good2.. Malam tu, Amanie tido dengan maktok...kasi peluang kat mama ngan papa eh..muahahaha.. (golak syaitannnn)

Sabtu, petangnya kami p Jitra cari barang2 untuk adikku (barang untuk hantaran nanti). BAlik ja dari Jitra, papa ajak balik umah mak dia plak. Tido sana. Terus siap-siap dan balik ke sana pula. Malamnya kami ke rumah pak teh kat Perlis, dia wat makan-makan. Amanie macam biasa dalam keta akan tido.

Ahad, petang bawa Amanie jalan-jalan kat kampung. Papa takde, papa balik umah mak dia sebab tolong punggah kedai MIL yang runtuh disebabkan binaan yang tak kukuh. Memandai ja mama ni.huhu.. malamnya, kami bertiga kembali balik ke penang. 
Gemuknya mama..huhu:(

Bersama maktok


cakkkkkk:)

maktok!! hot laaaa...


Pilihan hati

Assalammualaikum w.b.t

foto kurang memuaskan. diambil guna fon cikai cap ayam:)
Jika diberi pilihan antara suami tercinta dengan anak kesayangan yang mana satu harus mama pilih? Sumpah mama tak tahu nak pilih yang mana satu. Cuma yang teramat mama pasti mama tak mahu memilih2 antara dua itu kerna mama nak keduanya sekali. Keduanya penting buat mama. Tanpa salah seorang, pasti mama akan bersedih. Jiwa mama akan kosong. Tentunya apa saja yang mama lakukan akan menjadi serba tidak kena. owhh sungguh mama tak sanggup untuk membayangkan hidup ini tanpa kalian berdua disisi.

Bertuah rasanya diri kerna terpilih untuk menjadi isteri buat papa juga mama buat Amanie. Walau mama sedar, kalian hanya pinjaman untuk mama. Pinjaman yang terindah sepanjang hidup mama. Jadi, mama bertekad untuk menjadi seorang isteri serta mama yang terbaik buat papa, buat Amanie. Semua ini hanya kerna kalian berdua pilihan hati mama

Friday, October 08, 2010

Amanie Budak Baik

Assalammualaikum w.b.t


Setiap tahun, kat kuates kami tinggal ni memang wajib la buat majlis jamuan hari raya. Jadi, semalam adalah majlisnya. Tapi tahun ni tak sambut kat kuates Bukit gedong, lokasi sambutan semalam dekat kuates Paya Pahlawan, Relau. Sambutan kali ni agak meriah dari tahun lepas. 

Mama nak bercerita pasal our lil princes, Amanie. Amanie sangatlah menjadi budak yang baik semalam. Sayaang diaaaa...Mama tau Amanie mesti akan kasi chance kat mama menjamu selera:) Tq sayang..
Andai di malam hari, rutinnya jika Amanie menyusu dia takkan terus tido tapi hendak main-main dulu. Lepas tu bila dah agak lama bermain-main, mula la kan mengantuk. bila mama tidokan, Amanie mengamuk la pulak.tak nak tido tapi mata tu memang dah kecik dah. Tak larat nak buka dah. huhu..Tapi semalam, Amanie sangat baik. Lepas mama bagi susu, macam biasa nak main-main. Lepas tu dah mengantuk tapi takleh nak tido la kan, bising. Mama risau jugak kalau2 nanti Amanie mengamuk, jenuh mama ngan papa nak mengusung Amanie nanti. Mujurlah princes mama ni tak buat hal. Boleh la mama, papa makan-makan dan gosip-gosip dengan aman sekali. hahaha. Dan mama perasan, jika bawa Amanie keluar, Amanie memang akan jadi budak yang baik. bila di rumah banyak songeh sket.. sket je tak banyak pun. Kalau macam gini la Amanie, senang la mama nak  jalan2 yer. Sebab utama, Amanie budak yang sangat baikkkk..muahhhhhhhh

**Di malam kejadian, Amanie mama ni sering diculik oleh kawan2 papa. Mama, papa tak kisah sebab harus aman kami berdua menjamu selera.hahahaha**

Wednesday, October 06, 2010

Hanya Untukmu

Assalammualaikum w.b.t

Mama hantar Amanie kat umah ummi awal sket hari ni. Niat mama p awal sket kat ofis. Asyik mama je kan yang selalu masuk lewat. katanya umah dekat jeee...apa citer kann...hihi..Makanya sampai awal la mama kat ofis. Pastu laju-laju je mama wat entry ni. Mama bukan mengular k. mmenyalahgunakan kemudahan kat ofis sket ja tak banyak pun. Lagipun entry ni dibuat bukan time keja ye kawan-kawan..

Pagi ni mama gatai-gatai la nak make-up sket. Selalunya mama ke ofis jarang la nak make-up sangat kan. Sekadar berbedak dan calit lipstik sket, siapp untuk ke ofis. Tiba-tiba, papa menegur mama..

P : Amboiii make-up, nak tunjuk kat sapa tu? * dengan berwajah serius*
M : Tak tunjukkat sapa-sapa lah. saja ja. Apasal over sangat ke?
P: Yelah, tu mama tengok mata mama tu. tak baik tau mama make-up nak tunjuk2 kat orang
M : Ye, mama tahu la...bukan mama nak tunjuk kat orang punn. ok lah2, sorry tak buat lagi. * sambil ambik cotton face tonyoh2 kat mata *

Mama nak tekankan kat sini, mama memang takde pun niat nak tunjuk kat sapap2 pun. Kat ofis mama ni hanya ada 3 orang staf je. tu pun 1 malaysia la sangat. Chinese boy, indian girl and mama. Yang ramainya kat HQ..huhu

Moral of the story : Make-up hanya untukmu, suamiku tercinta:)

Monday, October 04, 2010

Tentang Amanie dan Rasa hati

Assalammualaikum w.b.t

Sabtu 2 October 2010


Only us, without papa
Mama tinggal berdua ja dengan Amanie. Papa ikut kawan-kawan dia p Sg Petani. Berfoya-foya kot. Benciiiiii.. * mood tak puas hati ni kena tinggal *

Malamnya, lepas minum susu Amanie muak. Kalau sikit tu biasa la kan. Ini banyak sangatttt...Risaunya mama tuhan saja yang tahu. Tapi Amanie tak menangis. Mama tidokan Amanie. Amanie tido lama. Kalau tidak 3jam tido mesti jaga nak menyusu lagi. Letih mungkin. Siannyaaa...Lepas ni jangan muak banyak sangat eh sayang.. Mama takutttt.

Papa, p la berfoya-foya sampai lebam yer..bweeeeekkkkkkk

Friday, October 01, 2010

Cerita Pagi Ini

Assalammaualikum w.b.t

Pagi tadi sedar ja dari tido terus mama capai henfon. Alamak!!! dah 7.30 pagi la. Alahai macam mana leh terbaabs ni. Papa pun lom bangun jugak. Kelam-kabut mama kejutkan papa. Bimbang dimarahi papa sebabnya semalam papa dah pesan kejutkan dia 6.30pagi. Mama dah setkan alarm. Musykil macam mana mama leh tak sedar. Mungkin alarm tu dah berbunyi, cuma tangan mama ni yang p tekan off, pastu dengan mama sekali off.hihi.. 

Lantas, mama cepat2 p mandi dan bersiap-siap sementara Amanie masih dibuai alam mimpi. Papa pun macam lipas kudung ja lagaknya siapkan diri. Jangan mandi ala-ala P.Ramlee sudah la yer..hiihii.. soryy dear tak sengaja laaa..Sedang asyik bersiap, terdengar Amanie dok uk eh uk eh dah. Alahai anak mama kejap yer sayang, mama nak pakai eyeshadow sket lagi ni:) Nanti mama kisahkan Amanie pulak yer. Mama pun cuba bertindak dengan pantas. Selesai sudah mama buatkan susu untuk Amanie. Pastu sumbat kat lam mulut dia kasi diam..hehehe..kijammm...sementara Amanie dok nyot nyot susu, mama tukarkan lampin dan pakaikan seluar. Siap-siapkan Amanie untuk di hantar umah ummie (pengasuh) Amanie. Selesai menyusu diamlah anak mama. Good girllll

Lepas hantar Amanie, mama terkocoh-kocoh plak ke keta. Jam dah menunjukkan 8.15pagi. Mama masuk keja jam 8.30pagi. huhu. Bila enjin dah panas terus mama pecut..hahaha pecut la konon.. Traffic jammed la pulak. Akhir dengan pemanduan yang berhemah sampai juga mama ke ofis walau agak lambat sket 10minint. Ofis mama dengan rumah dekat ja tapi memandangkan traffic jammed tu harus mama lambat kan. Fuhhh nasib baik la boss tiada di ofis sini..Kalau tidak, apalah nasibku kan...Yang pasti pagi ni sangat meletihkan mama. letih sebab terpaksa buat kerja dengan kelam-kabut. huhu

Foto tiada kene mengena dengan situasi di pagi ini...hahaha

Saturday, September 25, 2010

S.Y.A.I.D.A. : Rahsia di sebaliknya

Assalammualaikum w.b.t
u are my all;)
Alahai, rahsia la sangatkan. Sebenarnya takda la rahsia sangat pun, cumanya saja ja mama nak kongsikan kenapa mama gunakan syaida sebagai nickname. syaida bukan lah nama mama. Ia adalah gabungan awalan nama papa dan akhiran nama mama. Faham ke? Mama pun pelik dengan ayat yang mama taip ni. toink toink..mama mang suka la guna gabungan nama ni sebagai nickname mama. Terasa cam comelll, sweetllll, manjaaa ja kann..hahaha..sila muntah yer. syaida ada rasa yang tersendiri. Suka, duka, sentiasa bersama. Orang lain takkan dapat memahaminya. Hanya mama dan papa yang merasainya sensasinya. cewahhh konon tersirat2 la kan.

Geli ehh? Ala setakat gabungan nama ni biasalakan. Rasa mama la, kebanyakkan couple2 mesti akan createkan gabungan nama mereka dengan pasangan masing2. Masa zaman papa mama cintan cintun dulu-dulu kala, gigih kami berdua dok createkan nama gabungan bersama. Harussss mama la yang overrrrrrrnya. Mama ni luaran ja ganas tapi kat dalam hati ada tamannn oooo..pengakuan yg jujur lagi ikhlas..hahha.. Papa pula yang sedang2 saja. Macam-macam lah nama yang terhasil, akhirnya syaida yang tersangkut di hati kami berdua. kononnya masa tu bila dah create gabungan nama seolah2 'u're mind'. Tah apa-apa kan..itu lah rahsia syaida..akekeke..

Jamuan Hari raya

Assalammualaikum w.b.t

Semalam kami sekeluarga p majlis jamuan haji raya yang dianjurkan oleh markas papa. Mulanya mama ingat tak p dah sebab papa pun tak kata apa-apa. Mama malas la nak tanya-tanyakan sebab mama lagi suka kalau tak p. Bukan apa, ada anak kecik ni mama rasa susah la nak jalan malam-malam. Susah yang mama maksudkan mama bimbang kalau-kalau Amanie ternampak sesuatu yang tak ingini. Amanie bukan tahu nak bagitau mama dan papa. Yang dia tahu hanya menangis. Budak kecik kan boleh nampak benda-benda ghaib. Tak tahulah ianya mitos atau fakta. Tapi mama still "beringat" la. Cam kolot ja pemikiran mama ni.

Masa papa balik dari kem, papa suruh mama siap untuk ke majlis tu. Amanie awal-awal lagi mama dah mandikan sejurus mama balik dari kerja. Cuma pakaikan baju yang elok sikit la kan untuk dia. Masa nak p tu, Amanie tido tapi bila masuk dalam keta dia terjaga. Takmau duduk dia. Asyik merengek-rengek. Macam-macam dah mama pujuk, tak jalan jugak. Aduhhh penat la mama sayang. Kes ni mama malas nak bawak Amanie keluar malam-malam. Bila sampai kat kem papa pun Amanie still merengek2 plus nangis2 jugak. Last mama bawa Amanie keluar dari keta. Owhh nak suruh mama dukung rupanya. Diam je dia bila mama dukung.

Mama tak snap-snap pun malam tu sebab mama bz melayan Amanie. Papa lak tak leh nak tolong snap sebab kena jadi MC paksarela.hahaha..Makanan best-best la cuma mama kempunan nak makan soto. huhu.. papa la ni lambat sangat p ambik untuk mama sampai habis sudahhh...itu saja ceritanya


Kedua-dua gambar hanya sekadar hiasan semata-mata;)

Thursday, September 02, 2010

Zakat Di Tahun 2010

Assalammualaikum w.b.t



Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Tahun ni, papa perlu bayar zakat fitrah untuk 3 orang la yer, untuk papa, mama dan Amanie sayang. Semalam papa dah pun bayar zakat fitrah buat kita semua. Kadar zakat tahun ni RM7 x3 = RM21 jer..Alhamdulillah dah settle dah bab2 yang wajib:) Sesapa yang belom bayar lagi tuh, cepat2 p bayar na...

Thursday, August 26, 2010

Cucuk Amanie

Assalamualaikum w.b.t
Pagi2 lagi dah kejutkan Amanie. Tak sampai hati sebenarnya nak kejutkan amanie pagi2 ni, sebab mama tengok asyik sangat Amanie tido. Tapi terpaksa la juga dikejutkan sbb Amanie nak kena cucuk untuk 3 buln hari ni. Kesian anak mama yer nak dapat sakit pulak..Tak pe sayang, sikit ja pun. Bulan lepas lagi sakit kan sebab dapat dua dos lagi. sayang okey2 ja kan.. No 3, nombor giliran Amanie...sebelum cucuk kita timbang dulu. Berat Amanie dah 3.7kg...walaupun sket ja naiknya dari masa kita check-up kt hospital minggu lepas (3.4kg), kira ok la tu naik jugak daripada turun kan ;) Amanie relax ja, takde nak meragam pagi ni. Mama suruh papa yg pegang Amanie masa nak cucuk Amanie tuh..ermm boleh plak papa p tunggu ja kat luar. takut la tuee...hihi..Masa cucuk tu Amanie menangis jugak la. Tapi kejap ja, pastu boleh Amanie sambung tido balik. Baik sungguh anak mama ni. p/s : malam nanti tak tau la samada Amanie akan baik lagi macam pagi tadi..huhu

Cuba comeykan sket wajah tuh;)

Assalamualaikum w.b.t.

See, itulah papa. hahahha... Susah amat nak ambik fotonya dengan wajah yang comey2. Tiap kali bergambar, mesti macam2 aksi papa yg weird sangat. Bila mama tarik muncung 24inci, barulah papa beraksi dengan sopan-santunnya. Geram je, nak marah tp dalam masa yang sama mama nak tergelak laaa...huhu..papa! papa!

Wednesday, August 25, 2010

Suatu Rasa Di Kalbu


Assalamualaikum w.b.t

Di pagi yang suam suam kuku ini *hihi*, mata mama masih degil untuk lelap. Mama pandang insan2 kesayangan mama..sudah lama lena diulit mimpi2 indah..Entah mimpi apakah yg bertamu dikala tidur kalian berdua? Sesungguhnya kalian berdua begitu bermakna buat mama. Dipanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerna menganugerahkan kalian berdua buat mama. Suatu anugerah yang cukup istimewa dihati mama. Akal fikiran tidak dapat berimiginasi seandainya kalian tiada disisi masa. Sungguh mama pasti rebah, layu terkulai tidak berdaya. Kalian berdua sumber inspirasi, juga sumber kekuatan buat mama. Tanpa kalian seluruh jiwa mama pasti hilang, sunyi dan sepi pasti menjadi teman. Mengenali kalian berdua kesayanganku, mama belajar erti sebuah kerinduan, ketabahan, kekuatan, kasih sayang.

Buat papa, terima kasih kerana sudi menempatkanku disuatu sudut hatimu. Maafkan diri ini seandainya selalu mendatangkan gusar dihatimu. Terkadang aku terlalu bersikap keanak-anakkan tapi dikau tak pernah jemu melayan karenahku. mungkin atas nama cinta menuntut dirimu terus setia menemani disisi.

Buat puteri hati kesayangan mama dan juga papa, hadirnya dirimu diimpi impikan, hadirnya dirimu dinanti nantikan, hadirnya dirimu membawa 1001 kebahagian, mengeratkan lagi kasih sayang antara papa dan mama.mama sayang padamu seluruh jiwa raga mama. Teramat sayang. Terima kasih kerna sudi hadir dalam hidup mama dan papa. Semoga dirimu menjadi anak solehah buat mama dan papa. Semoga dikau menjadi insan yang disenangi semua insan disekelilingmu. Mengharapkan sayang anak mama akan mendoakan mama dan papa seandainya kami tiada kelak. Terlalu banyak permintaan mama sedangkan terlalu banyak kealpaan dan kekilafan diri. Menginsafi diri sendiri. malu pada sang Pencipta.

Tidurlah wahai kesayangan mama.semoga esok yang datang tidak pernah jemu membawa bahagia buat keluarga kecil kita..mama sayang kalian berdua sebesar besar duniawi..besar lagi...dan lagii..sukar didefinisikan dengan kata2..sayang kalian berdua dunia akhirat. sayang kalian berdua hingga hujung nafas yang terakhir. Ingin kalian berdua selalu hadir disisi mama buat selamanya..

mama,
2.05am

Hanya ruang kecil buat mama...kesian mama..huhu;)

Saturday, April 03, 2010

Cerita Semalam

Abang nak keluar jumpa kawan2 dia semalam. Seperti biasa aku menjadi peneman setia disisi abang..hahaha..terasa terkongkong ye abang..sorry yer dear, sayang bosan kat umah sensorang tau sbb tu nak ikut jugak. Lagipun skang ni sayang dah kuat, xmacam di awal kehamilan dulu, lembikkk jew;p Nak dijadikan citer, after jumpa kawan2 abang, kitaorang xterus gerak balik umah tp gerak nk g lepak2 kat Queensbay. Dalam perjalanan tu tetiba jew, abang uweek, uwekk..eeeyarkk..aku pun hampir2 juga nk menyembur segala isi2 dalam perut nih.. nasib baik takk..abis keta...apa daa abang ni..haha klakar2..muka abang semacam jew..salah makan ke apa ehh..so, aku terus ajak abang balik terus la..takut makin teruk lakkan..dah la malam..kang jadi pape sapa yg nk drive balik umah lak nant..aku nih memalam surrender la nak drive..even pakai speck pun still rasa xconfident nk drive memalam.. ari yg abang pengsan tu je aku drive memalam..tu le 1st time tau..terpaksa..g tapau makanan, laparr..abang still lemah lagi masa tuh. tp abang temankan aku g kedai..huhu..lembikk la abang nih..ha tula aritu cakap syg lembik lagi skang terima yerrr...;p

Friday, March 12, 2010

Hati Resah Gelisah

Lately nih, susah sangat nak borak2 ngan abang. Manjang jew busynyew. Siang masing2 keje then bila malam lak, abang still kena settle kan keje dia tuh. *yeker keje, jgn2 wat keje len kat luar..huhu..xbek buruk sangka kat suami meh*. Bila abang balik, aku ni dh telentang tdo x sedar diri dah.. Ptg semalam sempat la borak2 kejap ngn abang. Abang gtau maybe bulan 7 nanti abang kena g kursus kat Port Dickson. Sebulan lak tuh.. Argghh tidak..xkan kot..Dah la aku due date bln 7 jgk. Macam mana ni. mula la hati jadi x tenteram jew mikirkan hal ni..Niat kat hati ni nak bersalin kat penang ni jer. Nak Abang temankan saat2 aku bersalin nanti.. Sebab aku tau saat2 tu nanti aku amat2 perlukan sokongan dari abang. Dah begini lak jadinya. huhu..tak sanggup nak lalui sorang2. Aku takut maaa..Tapi abang cakap lom confem lagi. Harap sangat klu jadi pun biar lah pas aku bersalin dulu. Lepas tu nak pegi pun pegi lah. Ermm, pastu abang cakap kat aku.."kalau sayang xnak abang p, abang tolak jer. tahun depan klu ada lagi kursus tu baru abang p k" ... Berbelah bagi la plak. Sayang jugak klu abang xpegi kursus tu. Tuk kenaikan pangkat abang jugak..tak tau la macam mana.. tengok la macam mana nanti..Harap2 DIA aturkan yang terbaik & permudahkanlah segala urusan hambamu ini. kalau abang terpaksa pegi jugak, terpaksa la aku balik bersalin kat kedah jew..

Friday, October 16, 2009

jawapan yg kucari

semalam aku nekad nk uji abg..sbb ati aku rasa xtenang selagi aku xdpt tahu apa yg nak sangat aku tahu..alhamdulillah abg tidak merahsiakan apa2 lagi dari aku..sengaja aku call abg selepas aku menguji dia.tanpa ku tanya abg terus menceritakan sumanya padaku.dlm hati aku bersyukur sgt..ternyata kasih sayang abg pada aku tetap seperti dulu.tidak pernah berubah.cumanya aku yg berprasangka buruk pada abg.maafkan isterimu ini kerana tidak mempercayai tutur bicaramu itu.hari ni sekali lagi aku menguji abg..abg jujur pada kata-katanya..terima kasih kandaku sygg..semoga hubungan kita sentiasa dirahmati dan kekal selamanya.

Thursday, October 08, 2009

Bowling????

semalam kitaorang pegi main bowling..hahaha..terasa musykil ngn diri sendiri.seumur idup aku ni xpenah aku main or teringin nk mencubanya.xtaulah kenapa?mukin aku segan or malu kot.mlm tu lah 1st time aku main bowling.mang xtahu sungguh-sungguh nie.hehehe.. abg cakap xper nanti dia ajarkan..percubaan pertama, kedua,ketiga, sungguh hampeh..wakakka..terasa kelakar disitu..lama2 ada la jgk gaya tuh..huhu..occay la kan..baru belajar berjinak2..;p bila dh mencuba tuh kan, rasa mcm seronok plak..after that, kandaku ajak temankan dia men snooker..ikutkan ajalah sekali sekala kan.dua kali berkala kala la plak nti eh kanda syg..selepas membazir duit untuk syok sendiri, kami pun gerak la dari situ menuju ke queensbay lak..saja lepak2.ngt nk lepak kejap je, dh plak abg terjumpa kawan sekolah dia.lama xjmpa kan.jadi mcm2 la nk di storymorry kannn.sudahnya around 1pagi jgk ler kitaorg balik umah..

Monday, August 17, 2009

abg tiada..sunyi jadinya

semalam, awal2 pagi lagi abg dh bertolak ke kelantan.abg terlibat dengan perbarisan.sampai ari rabu baru abis..so tinggal la aku sorg2 kat rumah..wahhh sangat2 sunyi n bosann.. sepanjang ari hanya lepak dirumah jew.mls nk kuar sorang2.huhu.malamnya abg call..ermm abg klu g mana2 xboley xcall or sms aku..mcm perkara wajib lakkan..ermm pasti suma couple2, suami isteri pun do the same thing..right? hehehe..xsabar nk tgu abg blk rabu nih..banyak menda nk citer nih