Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Ke Batu Feringgi

Assalammualikum w.b.t

Di hari minggu, bila dah tak balik kampung dan kebosanan menghantui jiwa masing-masing, akhirnya abang mengajak kami rilek-rilek kat Batu Feringgi. Kami p bertiga saja, aku, abang dan Amanie. Adik Oun keja jadi tak dapat la bawa dia bersama. lagipun ini plan yang tak dirancang pun. Kalau rancang haruslah awal pagi lagi dah p dah. Ini Jam 2 lebih kurang baru tehegeh-hegeh nak keluar rumah. Nasib la bila sampai kat sana jumpa parking yang dekat-dekat. Selalunya kalau p susah sangat nak dapat parking. Semua penuh. Tapi nasib kami ok hari tu. Nak kata orang tak ramai, ramai jugak la.

Saja jalan-jalan kat gerai-gerai kat situ. Dok usha-usha pelampung. Saja je pun. Tapi alih-alih abang nak beli pulak. Layan kan ajalah. Abang siap beli dengan short tuk dia lagi. Kami p sana tak dak bawa baju pendua pun.Baju pendua ada ke yer. hahaha..ye yer ja baju pendua. Tapi untuk Amanie adalah aku bawakan baju pendua untuk dia. Niat kami ke sana hanya untuk jalan-jalan kat atas pasir tu ja dan biar Amanie bermain-main pasir kat gigi-gigi pantai je. tapi dah jadi lain pulak. Abang teruja lak nak bawak Amanie berendam dalam laut tu. Aku ni macam worried jugak la. tak tahu nak cakap macam mana tapi aku memang takut la dengan laut tapi dalam masa yang sama aku suka permandangannya dan juga deru ombaknya. Cakap banyak pun tak gunakan. Layan gambar jelah..







dah macam minah indon dah mama ni:)

Sebenarnya banyak lagi gambar. Tapi bila uplod gambar senget-senget lak. Tak tahu nak rotate jadi tak masuk langsung senang. Daripada dok sakit leher teleng-teleng tengok gambar tu baik tak payah masuk ye dakk..huhu...

Alkisah Malam Semalam

Assalammualaikum w.b.t

Hujan pulak pagi ni..Sejuk jer.Best. Kalau kat rumah ni pasti masih belingkar lagi bersama puteri kesayangan. Semalam entah jam berapa pulak la Amanie tidur. Dalam 10.30pm macam tu dia dah tidur. Tapi dalam 1am something dia dah jaga la pulak. Aduyaiii masak aku macam ni. Mata dah ngantuk gila. Ni semua gara-gara abang la ni dok memberus apa tah kat bilik air tu pagi-pagi buta macam tu. Sampaikan Amanie pun terjaga dengan matanya yg membulat, siap dok tegur-tegur orang lagi tu, menandakan dia dah cargas balik la tu. Dalam erti kata lain energy dia dah mari balik.huhuhu..

Aku biarkan saja Amanie. Tak larat dah nak layan kerenah dia. Bila dia dok membebel aku tak layan, tetiba terasa la tangan kecik molek tu dok tepuk-tepuk lak muka aku ni suruh layan dia jugak. Aduiii la anak..Abang pun buat tak tau kat dia. Sampai kesudah kami biarkan dia. Kesian anak mama.hehehe..sorry sayang mama ngantuk sangat. Tapi sebelum biarkan dia main sorang-sorang tu, kami make sure keadaan sekeliling tidak membahayakan, tutup semua pintu bilik dan juga bilik air serta tutup semua lampu kecuali lampu dapur. Jadi keadaan sekeliling menjadi agak suram, Amanie tak akan pergi kemana-mana. Dia hanya bermain disekitar tempat kami tidur ja.

Jam 5am camtu lebih kurang aku terjaga nak ter.... lahh hahahha..Tengok-tengok Amanie dok tidur menonggeng kat kaki aku. kepala dia ke kaki aku, kaki dia ke kepala aku lak.eh cupcup silap, kaki dia ke paha aku. Amanie kan pendek lagi..hehehe..Terus aku alihkan dia ke kedudukan asal balik..

Friday, September 23, 2011

Layannnn Ajaaaa...

Assalammualaikum w.b.t




Rasa-rasa dah ramai kot layan cerita ni. Haa aku plak baru semalam layan cerita ni..Ok jugak la, best jugak boleh buatkan kami bertiga gelak-gelak. Cerita yang penuh dengan kontrevasi panas baru-baru ini berkaitan isu menghina Islam. Pada aku, entahlah yer tak tahu nak komen macam mana? Setiap orang ada tafsiran mereka sendiri. huhuhu...

Selepas Amanie jatuh tu kan aku bagi dia tidur kan. Abang dok la tekan p mai p mai remote astro tu. Semua channel takde citer best. Kebetulan diorang beli dvd Hantu Bonceng dan citer Mr Beans tu.. Abang buka la citer Hantu Bonceng tu. Makanya dapat lah aku menonton dengan aman tanpa gangguan anak dara kesayangan aku tuh. Hehehehe..Malam ni kalau takder cerita best, mungkin nak tengok cerita Mr Bean pulak. Hahahaaha mesti lawak kan...

Tu jalah nak bebel pagi ni... Warm up sebelum bekerja dengan tekun kot..kahkahkah..