Sebak aku mendengar kisah hidup seorang sahabat aku. Marah, kerana sahabatku diperlakukan begitu. Dia, Seorang sahabat yang aku kenal sejak dari kami mula belajar mengenal apa itu ABC, 123, iaitu di awal persekolahan kami(Tadika Kemas). Sehinggalah sekarang kami masih lagi bersahabat. Segala kisah-kisah suka mahupun duka selalu berkongsi bersama. Walaupun masing-masing sedar tidak akan mampu untuk menolong menyelesaikan masalah itu tetapi cukuplah sekadar meringankan rasa sesak yang bersarang dihati. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang sudi mendengar dan memahami apa yang terpendam dalam hati. Sungguh aku tak sangka sama sekali nasibnya akan berakhir sedemikian rupa. Tapi itu lebih baik buat dirimu dan anak-anak wahai sahabat. Itulah, hidup ini bagaikansebuah roda, kadang-kadang ia di atas dan kadang-kadang ia di bawah. Kita tidak boleh menduga apa yang akan berlaku dalam kehidupan kita yang akan datang. Senjata yang ada pada kita hanyalah DOA supaya urusan kita dipermudahkan. Maaf! Bukanlah niat aku untuk mengaibkan sahabatku sendiri. Tidak sama sekali. Apa yang terjadi padamu wahai shabat, akan aku jadikan sebagai pedoman. Apa yang berlaku terhadap sahabatku ini biarlah hanya aku dan dirinya saja yang tahu. Sahabat, di kala ini aku tahu terlalu berat untuk kau hadapi semua ujian ini. Tapi percayalah, kau tidak keseorangan. MAsih ramai yang sayang. Kau masih ada keluarga yang tak pernah membuang kau dari hidup mereka. Kau masih ada teman-teman yang selalu menyokong walau apapun yang berlaku. Kau harus percaya bahawa ada hikmahnya di sebalik semua ini. Aku yakin berkat kesabaran kau selama ini akan memberikan seribu kemanisan. Bersabarlah, semuanya akan berakhir. Sahabatku, 5 tahun bukanlah satu jangka masa yang sekejap. 5 tahun kau memendam rasa. Allahuakbar! Sedih hati aku, meruntun jiwaku tat kala mengetahui semuanya. Sungguh sabar dirimu, sungguh cekal hatimu wahai sahabat. aku harap kau akan terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang berliku ini. Demi anak-anak kau harus terus maju ke hadapan, usah berpaling lagi. Gagal sekali tidak bermakna kau akan gagal selamanya. Jadikan kegagalan itu suatu pengalaman dan pengajaran untuk menjadi dirimu ke arah yang lebih baik. Sahabat, aku tahu mudah untuk aku berkata-kata kerana bukan aku yang menanggung semua itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebanan itu. Tapi percayalah sahabatku bahawa aku sayangkan kau. Sayang sangat. Aku turut merasa kesakitan yang kau rasa. Aku sentisa mendoakan kesejahteraan buat kau dan anak-anak. Bahagia pasti menjadi milikmu jua.
Tanda tanda mata sudah rabun !
-
Tak lama lagi , cuti sekolah bakal bermula pastu masuk dah tahun 2025. Anak
anak semakin membesar. Sekejap je masa berlalu kan ? Kita sendiri pun
semaki...
5 days ago
4 Bisikan Asmara (::
sedihnya baca n3 syaida nih...azie tau sahabat syaida sure mengalami pengalaman yg sgt berat utk beliau lalui....hope sahabat syaida sentiasa tabah hendaknya amin...
walaupun xtau apa yg berlaku tp yg pasti sue dpt rasakan sahabat syaida menaglami sesuatu yg amat berat dugaannya..somoga dia tabah n sabar mengharungi segalanya
hye azie..amin..yup ida pun mengharapkan agar ada sinar kebahagiaan yg lain menanti dia.
hye sue, yer skang ini dia cuba mengumpulkan kekuatandan kecekalan hati untuk menghadapi semua itu
Post a Comment