Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Saturday, August 21, 2010

Kenapa Menangis sayang!!!

Assalamualaikum w.b.t
Semalam, Start dari petang lebih kurang jam 7pm sampai ke malam anak mama asyik menangis2 je. Menangis sungguh2 hati sampai hilang suara. Aduh sungguh merisaukan mama ngan papa. Sakitkah kamu, kembungkah kamu wahai anak? Laparkah kamu? Tak mungkin anak mama lapar, sebab kamu baru lepas menyusu. Bila mama peluk2, pujuk2, kamu diam..tertido. Tapi tak lama tidurmu, pasti kamu terjaga menangis2 lagi..dan lagi.. sebelum ni anak mama tak macam nie..Diganggu makhluk haluskah kamu wahai anak? Kan dah mama fikir bukan2 dah..huhu. Dah dah jgn fikir bukan2 lagi. inikan bulan puasa..mohon dijauhkanlah. Orang lama2 cakap, anak kecil boleh nampak dan dengar apa yang kita tak boleh nampak dengan mata kasarkan..entahkan betol entahkan tidak mitos nie. Yang membuatkan mama risau sangat, sbb suatu hari tu, mama ngan papa ada bawa Amanie pegi rumah saudara papa yg kebetulan tengah berubat (perubatan traditional) masa tu. Sungguh mama tak tahu, jika mama tahu, sumpah mama takkan bawa Amanie sbb mama tahu tak elok untuk bawa anak kecil ke tempat macam tuh. lain kali mama akan lebih berhati2. Semoga anak mama baik2 saja. jangan menagis macam tu lagi ye sayang..mama risau okey.. mama sayang kamu;)

Friday, August 20, 2010

Berakhirnya Dugaan Itu

Assalamualaikum w.b.t.

Tersentuh hati mama tatkala melihat keadaan anak mama. Berat badanmu ketika lahir hanyalah 1.35kg sahaja..sangat kecil sayangku.sangat comel dimata mama. Sudahlah dirimu kecil, tega pula dicucuk doktor dengan pelbagai wayar. huhu..kesian sayang...pasti itu menyakitkan dirimu wahai anak. Amanie dilahirkan ketika usia kandungan mama 32weeks 1 day. Bersyukur juga pada ilahi kerana sempat juga mama diberi suntikan untuk mematangkan paru-paru Amanie. sebak sering bertamu dihati mama tatkala mama dan papa datang menjengukmu. Tapi mereka lebih tahu apa yg terbaik buat dirimu sayang. Mujurlah Amanie sayang tidak ada apa2 komplikasi yg serius. Poor weight gain, masalah utama Amanie. Seingat mama, 2 hari amanie kat wad NICU diberi bantuan pernafasan kerna anak mama tak mampu utk bernafas dengan sendiri lagi. mukin ini suatu kejutan buat anak mama kan.

Bila saja keadaan Amanie semakin stabil dan boleh bernafas tanpa bantuan oksigen lagi, Amanie dimasukkan ke wad kanak2 biasa iaitu Wad N 1. Disitu ada 4 wad, bermula dari N1 dari hujung sudut hingga ke Wad N4. Mama dikhabarkan makin rendah nilai digit itu, makanya wad itu dihuni oleh pesakit yg perlu diberi perhatian yg lebih. Perlu diawasi dengan lebih teliti. Di N1 Amanie ditempatkan dalam inkubator bagi membantu Amanie mengekalkan suhu badanmu sayang. Tiada baju membaluti tubuhmu, hanya sepasang pampes dan juga segala wayar nadi, drip yg masih lagi berselirat ditubuh kecilmu. Dimulut comel Amanie juga dimasukkan tiub khas untuk Amanie minum susu mama. Betapa mama ingin sekali menyusukan Amanie secara terus, dengan lebih dekat lagi dengan hati mama, di dalam dakapan hangatnya kasihsayang mama. tapi apakan daya situasi tidak mengizinkan mama berbuat demikian wahai anakku. Mama tidak pasti berapa hari Amanie menetap di wad ini..Di sini berat amani semakin turun, dari 1.35kg semasa lahir..kini hanya 1.01kg. kasihan anak mama. oh ya! Ketika Amanie di wad ini, mama masih lagi di wad. Hampir seminggu juga mama admit selepas melahirkan dirimu sayang. lucu bila diingat kembali. Mama tidak dapat buang air selepas melahirkan Amanie. Entah di mana silapnya. Mama takut mungkin..hehehe..

mama sering berkeluh kesah pada papa. Apalah malang nasib mama, sudahlah anak kesayangan diuji sedemikian rupa..kini mama pula..Sungguh daif mama ketika itu, hanya sedikit ujian diberi sudah melatah. hanya kata2 sabar dan memujuk dari papa. mama tahu papa turut merasa resah dan gelisah akan keadaan kita. selama kita di hospital, tidak pernah sekali papa tidak datang menjenguk kita berdua sayang. papa bukanlah seorang suami yg romantis sedari dulu lagi. tidak pernah papa menzahirkan kasih sayangnya buat mama dengan kata2. Sejak dari hari itu, mama sedari bahwa kasih sayang papa buat mama, buat Amanie sebenarnya tidak terungkap dengan kata2. Dari tingkahlaku dan perbuatannya saja sudah jelas betapa sayangnya papa pada kita.

Bila keadaan Amanie semakin sihat, Amanie dipindahkan ke wad N3. Di kala ini, mama sudah discharge dan papa minta mama untuk balik ke rumah kita untuk berpantang. Esok maktok akan datang jaga mama sekejap. Berat sungguh hati mama nak meninggalkan Amanie sorang2 di wad. Papa tak jemu memujuk mama, katanya Amanie akan dijaga dengan baik oleh nurse2 dan juga doktor di wad berkenaan. Papa pujuk lagi, kata papa, nanti papa akan bawa mama setiap hari menjenguk Amanie. Mama akur dengan kemahuan papa. Bukan papa pentingkan diri sendiri sayang, papa nak pulihkan kembali kesihatan mama, papa nak mama rehatkan diri. Pada hari ketiga mama di rumah, papa tak benarkan mama pergi menjenguk Amanie kerana tiapkali kami menjenguk Amanie pasti kami akan pulang lewat malam. Kata maktok tak elok ketika dalam pantang keluar malam2 hari. huhu..mama merajuk dengan papa. hanya papa yg menjenguk Amanie hari itu. Seharian mama menangis kerana rindukan Amanie sayang. Maktok keresahan dengan keadaan mama. Bila papa balik, papa sampaikan khabar gembira. katanya Amanie semakin sihat, tiada lagi wayar2 ditubuh kecilmu sayang. Hanya tinggal rest tube utk Amanie minum susu mama. Berat Amanie pun dah bertambah dari 1.01kg kepada 1.22kg. suatu peningkatan yang baik. Gembiranya hati mama. Esoknya pun mama tak pergi menjengguk Amanie hanya papa yang pergi. Tertunggu2 mama kepulangan papa untuk mendengar perkembangan Amanie sayang. Bila papa balik, berita kurang senang disampaikan buat mama. Amanie muntah2..tak boleh minum susu..minum saja Amanie akan muntah2, keluar ikut mulut dan hidung. Amanie kembali ditempatkan di N1 dengan wayar2 lagi. Amanie terpaksa berpuasa. kasihan Amanie.

Mama menangis lagi, marahkan diri sendiri tidak menjengguk Amanie. Akhirnya, papa dan maktok sarankan mama agar kembali ke hospital supaya dekat dengan Amanie. Sememang pihak hospital menyediakan bilik utk ibu2 rooming in. mama pergi demi Amanie sayang. Bermula dari malam itulah, setiap 3jam sekali mama akan pergi menjengguk Amanie di wad. selepas berpuasa, Amanie diberi minum susu kembali sedikit demi sedikit. Mama tak jemu menjengguk Amanie bagi memastikan Amanie dalam keadaan baik2 saja. Mungkin nurse2 disitu menyampah tengok muka mama kan..biarlah asalkan hati mama puas, hati mama senang bila dapat lihat keadaan Amanie. Disini juga hati mama tersentuh bila tangan Amanie membengkak disebabkan drip yg terpasang ditanganmu. mama tidak perasaan sayang, papa yang perasan. papa kata pada mama, lain kali tengok segenap inci tubuh Amanie kalau2 ada yg tidak kena, jika ada cepat2 bagitau doktor. papa harapkan mama jaga Amanie sbb mama dekat dengan Amanie. owhhh!! sungguh terkesan di situ. maafkan mama, mama betol2 tak perasan.

Sepanjang kita di hospital tiada istilah "berpantang" bagi mama. Tak apalah demi anak mama. 28hari Amanie kat wad, dalam inkubator. Betapa mama teringin sangat nak peluk Amanie, nak dukung amanie, nak belai2 amanie, nak cium amanie puas2. Tak boleh nak buat suma tu bila Amanie dalam inkubator, dengan wayar2, amat sukar sekali. Di hospital, mama saksikan sendiri apa yg amanie lalui. setiap 2 hari sekali, doktor akan ambik darah amanie untuk pastikan tahap jaundis. x silap mama 2kali amanie kena jaundis. Amanie kena jalani macam2 ujian..ambik air kencing la..kesiannn..tak dapat mama bayangkan kesakitan yg Amanie tanggung. sedangkan mama yg sebesar anak gajah ni pun sakit, inikan pula Amanie yg kecil molek. Tapi mama tahu, suma yg dilakukan pada Amanie adalah untuk kebaikan anak mama juga. Amanie sayang aktif sangat sampaikan hari2 mama risau kalau2 rest tube Amanie tercabut. Bukan apa, jika tercabut tak tahan mama tengok nurse2 masukkan balik tiub tu.. xsampai hati mama nak tengok. menyakitkan. kadang2 nurse masukkan tiub yg agak besar utk Amanie. Bila Amanie guna tiub yg agak besar tu, mesti Amanie muntah2..keluar susu kot mulut dan hidung..sebak je tengok tak mampu nak tolong Amanie. Pernah mama tanya pada nurse di mana jualnya tiub tu, mama nak beli yg kecil2 je buat Amanie. Tak nak Amanie guna tiub yg besar2 tu lagi sbb mama xsanggup nak tengok anak mama muntah2 lagi.. sangat menyakitkan..

Hari2 mama berdoa agar anak mama cepat2 sihat dan cepat2 boleh keluar hospital..sebab mama tahu doa seorang ibu buat anaknya pasti akan termakbul jika diizinkan-NYA. Hari ke-29, berat Amanie 1.5kg, Amanie dh keluar dari inkubator. Peluang yang ditunggu selama ini mama realisasikan. Amanie mama dukung, mama peluk, mama cium. Dan alhamdulillah masa berat Amanie 1.51kg di usia Amanie 37hari, Amanie dah discharge. sangat gembira. Sekarang Amanie dah semakin membesar dan sihat.. current weight Amanie dah 3.4kg di usia Amanie 3 bulan..semoga anak mama sentiasa sihat2 selalu. mama heart Amanie dunia akhirat;) Gambar2 Amanie semasa di wad.. gambar masa kat dalam wad NICU x ada coz kat situ xleh snap picture. Di wad biasa pun xleh snap tp tetap curi2 snap juga..hihi
 

Friday, July 16, 2010

Presenting : Nur Aimey Amanie

Assalamualaikum w.b.t.
Name : Nur Aimey Amanie Bt Wan Muhd Syakir
DOB : 11 May 2010
Time : 11.32pm
Weight : 1.35kg
POB : Hosp Pulau Pinang

Wednesday, July 14, 2010

Detik Kelahiran Nur Aimey Amanie

Assalamualaikum w.b.t.
Tiba-tiba teringin sangat nak flashback detik kelahiran anakku. Hanya sekadar untuk dijadikan kenangan di masa akan datang. Kerana kehadirannya adalah sesuatu yg dinanti nantikan oleh kami sekeluarga, kehadirannya membawa seribu kemanisan buat kami semua. kehadirannya mengeratkan lagi kasih sayang antara aku dan suami. Syukur alhamdulillah di atas kurniaan yg tak terhingga ini. Terima kasih ya tuhanku kerana mendengar rintihan hati hambamu ini, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk menjadi seorang ibu. Terima kasih atas "harta" DuniaAkhirat ini..

09 May 2010 Sunday
Perut aku asyik memulas2 je pagi nie lebih kurang cam senggugut je. kejap2 menegang, kejap2 ok balik. Dalam hati dok ingat mungkin baby dok tendang2 kot kat dalam tuh. kejap2 lagi mukin dah baik. Ingatkan perkara biasa, jadi aku pun kemas umah seperti biasa, yelah hari minggukan. kejutkan abang, pegi market utk bli barang2 dapur. masa kat market pun sama, perut memulas mcm masa kt umah jgk. sekejap ada sekejap ilang. balik je kt umah, aku masak tuk tghari..siap je masak terus aku gtau abang aku nk makan dulu sebab perut aku masuk angin kot sbb tu asyik memulas ja. lepas makan tetap ada rasa yg sama. Aku bagitau abang..terus abang suh call tanya mak. mak kata biasa, anak makin besar dalam perut sbb tu perut menegang. lega bila mak ckap mcm tuh. tp bila aku p tandas nak shi2, tgok2 cm ada darah sket. takutnya..napa ada darah erk..aku semakin resah takut apa2 yg buruk jadi kat bb. Bagitau mak lagi pasal ni, mak suruh aku p hospital. sampai kt hospital, dr check, rupanya jalan dh pun bukak 1cm, terus aku kena tahan kat wad.malam tuh, nurse pindahkan aku ke wad cell labour room, bersebelahan dengan LR. punyalah ketar, ingatkan nak suh aku bersalin dah, tp rupanya dr nak bagi injection utk matangkan paru2 bb dan bagi ubat utk kurangkan contraction. sakit jugak injection tuh. pagi esok pun kena inject skali lagi. malam tu aku xdapat tdo sbb dok dgr org yg bersalin kt LR dok nangis2, jerit2...uiiiiiihhh amat menyeramkan. Apalah nasib aku nanti. moga dipermudahkan segalanya.

10 May 2010 - Monday
pagi ni sekali lagi aku kena injection utk matangkan paru2 bb. Famili aku (mak, tok, lang, adik ct, adk jiha, dik wan) datang lawat aku. keadaan aku masih sama. aku xder la sakit sgt, biasa je. selera makan pun mcm biasa, jgn ckp, nauzubillah weyy..x tolak apa yg ada depan mata. suma aku bedal.;) nurse pesan, jgn kerap sgt berjalan sbb boleh menyebabkan aku cepat bersalin nanti. dokter klu boleh xnak aku bersalin lagi sbb diorg isau takut terjadi apa2 komplikasi kt bb, yelah kan bb masih blom matang lagi masa tuh. Diorang klu boleh nak elakkan la kelahiran pramatang.

11 May 2010 - Tuesday
Hari ni segalanya bermula..abang seperti biasa after keja datang jengok aku. hari2 dia datang xpenah miss. kesian jugak kt dia..mesti letih. tp lagi kesian kat aku ni dok hospital borin ya amat;) bila waktu melawat dh abis, abang pun minta diri la balik dulu. Sempat lagi dia bagitau aku..esok dia akan datang lagi jumpa aku. huhu..

7.30pm contraction makin kerap. tp aku still bleh tahan lagi. masa ni abang dah balik dah. nurse x bagi aku jalan ke mana2 dah. kena baring je kat katil. nanti bila dokter sampai diorang akan check lagi. sebenarnya dari petang tadi aku dah rasa sakit sikit2 tapi aku xbagitau abang pun. sebab sakit yg aku rasa tu sama macam hari2 sebelum ni.

8.00pm
Doktor dah sampai, nurse bawak aku kt 1 bilik utk check bukaan pintu rahim. ada 3org doktor masa tu. suma lelaki, cina dan india. Terasa malu.huhu. kelam kabut diorang suma bila bukaan dh 4cm. aku pun berdebar2 memikirkan apa yg akan terjadi. fuhh suspen jew. doktor suh bawak aku ke cell LR. nurse tolong amik barang keperluan bb n bawak aku ke sana. Nurse suruh aku call suami. Aku dah nk bersalin ke? Seolah-olah tidak percaya. Aku pun call la abang gtau aku akan masuk LR kejap lagi. masa kt cell LR, doktor scan perut aku, tgok ukuran bb. kepala bb memang dah turun. Masa ni aku takut sangat. Masa ni, hanya istifar, selawat dan nama Allah swt saja yg bermain2 dibibirku. Sakit sekejap datang sekejap hilang. Makin lama makin kerap ia datang. tapi aku masih mampu menahan rasa sakit itu. Bila contraction makin kuat, trus diorang bawak aku masuk LR.

9.00pm
Contraction makin kuat dan makin kerap. Abang dah berada disisi aku. Terlihat kerisauan di wajahnya. Tangannya dihulurkan padaku untuk memberi semangat padaku. Bila sakit itu datang, kugenggam erat tangannya. Pertama kali aku melihat suami menangis untukku.. Hati terasa sebak dan terharu. Terima kasih suamiku, sentiasa disampingku dalam apa jua keadaan.

10.30pm
Sakit semakin kuat. owh macam ni rupanya sakit bersalin. Aku tak mampu nak tahan lagi. Kusuruh suami ku panggil doktor. Aku nak painkiller untuk kurangkan rasa sakit itu. Doktor datang, sekali lagi dia check bukaan. Doktor tak dapat beri painkiller sebab katanya jalan sudah buka 7cm, jika diberi juga akan memudaratkan bb. Mereka tak mahu mengambil risiko itu memandangkan bb ku bb premature. Dan aku juga tak sanggup nak membahayakan bb kami. Aku terus bertahan dan bertahan dari rasa sakit itu..Tiada apa yg aku fikirkan ketika itu, hanya mahu anakku selamat.

11.32pm
Akhirnya, permata hati kami selamat dilahirkan. Aku melahirkan bb girl. Kami memang tak pernah tahu jantina bb kami sebelum ini. Masa ni, suami tak ada bersama aku kerana doktor meminta suamiku tunggu di luar di saat2 aku sudah bersedia mahu melahirkan memandangkan anak kami pre-mature. Diorang takut berlaku apa2 komplikasi yg lain. Hati tersentuh mendengar tanggisan pertama bb kami. Tanggisan yg aku tunggu2 dan rindui selama ini. Nurse datang tunjukkan bb padaku.. kecil sangat kecil. cinonet je dia. Hanya 1.35kg.. cute.... Terkilan sangat sebab X sempat nak kiss dia, bb terpaksa dibawa ke wad ICCU immediatelyuntuk bantuan pernafasan. Semoga Allah permudahkan urusan anakku. Semoga anakku sentiasa dilindungi dari segala perkara yg tidak diingini.

12am++
proses menjahit apa yg patut;) pada doktor kutanya keadaan anakku. Anakku dalam keadaan sihat tetapi perlu pemantauan rapi.

1am++
Terasa dahiku di kiss someone. Tertido rupanya aku.. Bila kubuka saja mata, aku nampak suamiku. Tersenyum padaku. Digenggam erat tanganku, dibisikkan padaku "terimakasih sayang". Terasa diri disayangi, terasa diri sangat dihargai. Tiada apa yg kurasakan diwaktu itu melainkan perasaan sangat2 bahagia. Kutanya pada suamiku, sudahkah dia tengok bb kami.. Abang kata dia dah pun tengok bb kat wad iccu..bb ok cuma wat masa skang dia perlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Abang suruh aku berehat dulu memandangkan aku keletihan..ya sangat letih..tak sabar rasanya nak pegi jumpa bb esok.
sekian...;)

Kini Kembali vs kisah kami:)

Assalamualaikum w.b.t
Skang kembali ke dunia blog. 2 bulan tidak menjengah blog, terasa rindu. Alhamdulillah, skang aku dan suami dah pun bergelar mama dan papa. Our princes selamat dilahirkan pada 11 May 2010, jam 11.32pm di Hosp Penang. Kami sepakat menamakan puteri kami, Nur Aimey Amanie. aku, suami dan juga family aku sgt teruja dengan kehadiran Amanie. Amanie telah memberi kebahagiaan dan kegembiraan yang tak terhingga buat kami sekeluarga. Kehadirannya telah lama kami nantikan.. Semalam aku dah pun start bekerja. Terasa cepat masa berlalu. Amanie kutinggalkan di kampung untuk dijaga oleh mak. Berat hati untuk tinggalkan dia, tapi apakan daya aku x sampai hati nak hantar Amanie pada pengasuh di sini. Amanie dilahirkan tidak cukup bulan iaitu ketika kandungan aku 31wks. Kecik sgt Amanie masa tu, hanya 1.35kg je berat dia. Sbb tu aku ambik keputusan utk tinggalkan dia dibawah jagaan mak kat kg dulu. Insyallah bila Amanie dh besar sket, mama akan bawa Amanie tingal sama2 ngan mama n papa yer sayang. Rindu jgn cakap la. Malam2 mesti mama nangis, teringat kat Amanie. mama rindu nak menyusukan Amanie, rindu nak dengar Amanie nangis, merengek2, buat muka bila nak shi2..mama rindu nak dodoikan Amanie..mama rindu sangatt sayang..

Monday, May 03, 2010

Tak Sabar Menunggu Hari Itu =)

Assalamualaikum w.b.t
24 Days To Go
Ada apa dgn hari itu??
yg pasti ianya sgt bermakna buat aku & suami..
Tak sabar menunggu tibanya hari itu..