Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, September 23, 2011

Maafkan Mama Sayang

Assalammualaikum w.b.t

Tadi, abang p pasar malam membeli keperluan dapur. Aku malas nak ikut sekali sebabnya xda sebab.huhuhu...Abang balik agak lambat jugak.Jam 9malam lebih2 macam tu baru sampai umah. Aku ni biasa la kalau lewat-lewat, jadi pemalas sket nak masuk dapur. Kalau nak masak biar masak awal-awal jadi nanti leh la aku berehat-rehat bersama amanie. Tapi tu la terpaksa jugak aku bersilat di dapur menyediakan makan malam untuk abang dan adikku. Kenapa untuk mereka ja? Untuk aku tak perlu ke? Untuk  aku awal-awal lg aku dh suruhkan abang tapau laksa. Mereka berdua tak tapau apa-apapun, begitulah kekdahnya. huhu.. hakak jugak la yang penat didapur. mana dengan Amanie yang tersangat la rajin nak masuk dapur jugak.  Bila aku bising-bising baru la papa Amanie datang aambil dia.

Masa aku tengah berhempas-pulas di dapur, tiba-tiba aku terdengar Amanie menangis. Mesti dah jatuh la tu. Amanie suka sangat begayut kt meja. Dia pegang meja dengan dua-dua tangan dia. Bila badan dah tergantung tu dia akan ayun-ayunkan badan dia. Aku ingatkan jatuh biasa-biasa ja tapi Adikku bagitau yang Amanie berdarah. Haaaaa bedarah. Terus aku berlari dapatkan Amanie. Berderau jugaklah darah aku bila tengok darah banyak kat mulut Amanie.. Takut aku...Abang ambil tisu lap-lapkan mulut Amanie. Mulut dan gigi dia luka. kesian Amanie. Tak sampai 5 minit pun Amanie dah behenti dari menangis. Itulah anakku, selalu begitu. Kira macam tahan sakit jugak la. Sejujurnya aku ni yang tak tahan tengok Amanie sakit atau luka. Terasa bersalah sebab tak duduk bersantai besama Amanie. Selalunya time begini kami bermain bersama. Maafkan mama sayang.

Sekarang ni, Amanie dah tidur. Dah lama dah dia tidur. Selepas dia jatuh tu, terus aku buatkan susu untuk dia then dodoikan dia tido.Abang pulak keluar dengan kawan dia. Aku tak kisah sangat. At least dapat jugak abang hilangkan stress dia setelah seharian bekerja. Adik aku pun dah masuk tidur jugak. aku ja yang masih dok lippoklippok lagi tak leh tidur. Dah tak leh tidur terus update blog la. huhuhu.. Seriously, di usia Amanie beginilah mencabar buat aku. Terlalu mencabar. Amanie sangat aktif tak tahu nak duduk diam. Ada ja benda yang nak diterokanya. Biasalah budak yang sedang membesar memang macam tu kan. Orang kata kalau tak boleh sakit tak sah. huhu... Cumanya kita yang melihat ni tak tahan. Aku terkilan bila benda seperti ini berlaku. Terasa seolah kecuaian aku dalam menjaga Amanie. Maafkan mama ye sayang. good night and sweet dream yeah...


















0 Bisikan Asmara (::