Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, May 11, 2011

Happy 1st Bezday My lovely Little princess :)

Assalammualaikum w.b.t

11 Mei 2010, 11.32pm lahirlah seorang bayi comel yang sangat2 kecil hanya seberat 1.32kg..Kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga kita terutamanya mama dan papa. Suatu impian yang mama dan papa idam-idamkan selama 4 tahun setelah bergelar suami isteri. Kelahiranmu memberikan sejuta sinar kebahagiaan buat mama & papa. Lalu mama dan papa sepakat memberikan nama yang indah buat puteri kecil kami. Nur Aimey Amanie nama diberi.. Cahaya Keberkatan Dan Cita-citaku..Proses kelahiranmu tidak serumit mana memandangkan mama hanya berjuang lebih kurang 3jam sahaja. Syukur kepada-NYA memudahkan proses kelahiran buat mama. Terima kasih sayang kerana mama tahu Amanie pun turut berjuang bersama-sama mama. Amanie anak yang kuat. Sedari kecil lagi Amanie sudah diuji. Walaupun masih ramai lagi bayi-bayi dan mama-mama yang maha hebat ujian dari-NYA. Tapi mama tetap teruji dengan situasi dan keadaan ketika itu. Ibu mana yang sanggup melihat bayi kecil yang lahir dari rahim mereka menangis kesakitan di suntik hari-hari, dimasukkan drip ditangan kecil kadang-kadang dikaki juga, dimasukkan tube ke dalam perut mereka hanya untuk setitis susu ibu. Tak tahan hati mama melihat tangan kecil, kaki kecil, kiri dan kanan anak mama lebam-lebam kesan suntikan drip dan juga ujian darah. Setiap hari mama pegi melawat anak mama, dan menangis mama bila melihat Amanie muntah-muntah selepas menyusu. Paling mama sedih bila susu yang Amanie minum keluar ikut hidung.. Kesian anak mama.

Hari ini 11 Mei 2011, Tarikh yang sama tapi keadaan sudah berubah. Amanie bukan lagi anak kecil yang lemah seperti setahun yang lalu. Amanie sekarang dah membesar dengan sihatnya. Amanie sekarang cukup lasak sampai mama letih menjaganya. Tapi tak mengapa, mama suka. Hilang segala penat mama melihat keletahnya. Nak marah pun tak jadi marah bila tengok senyumannya. Selamat hari lahir sayang. Mama mengharapkan anak mama sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik. Semoga Amanie menjadi seorang anak yang solehah buat mama dan papa yang akan mendoakan mama dan papa ketika mama dan papa tiada kelak. Semoga dirimu sentiasa disayangi dan dikasihi orang-orang disekelilingmu dan menjadi anak yang bijak. Semoga dipanjangkan usiamu sayang..Mama dan papa love u very much... emmmuachhhh

3 Bisikan Asmara (::

FizLux said...

Happy Birthday Nur Aimey Amanie.. kamu adalah puteri yg sntiasa dlindungi & drahmati di dunia & akhirat.. Aaamiinn..

Anonymous said...

Happy 1st bday buat aimey. .semoga menjd puteri yg solehah serta sentiasa dlindungi selalu dan bahagia dsamping keluarga tersyg.Amin. .

IedaSyaida said...

tq mommyaghar & mrs ira for wishing:)