Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Monday, November 08, 2010

Rentetan Kisah Amanie Berdating

Assalammualaikum w.b.t

4 Nov 2011, Mama dan papa bawa Amanie ke Hospital Pulau Pinang untuk Check up lagi. Setiap tiga bulan sekali Amanie perlu berdating dengan pakar kanak-kanak untuk check up perkembangannya. Adakah perkembangan Amanie normal atau sebaliknya? Alhamdulillah mama syukur sangat kerana perkembangan Amanie normal sama seperti bayi-bayi yang lain. Agak sukar memiliki bayi pramatang, kerana perlu menjalani pemeriksaan demi pemeriksaan bagi memastikan semua dalam keadaan baik-baik saja. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit perlu dikorbankan. Namun mama dan papa tidak pernah sekali mengeluh dengan segala kesusakaran ini. Amanie adalah amanah buat mama dan papa. Sebolehnya mama dan papa akan melakukan yang terbaik buat puteri kesayangan kami. 

Appointment jam 10pagi. Sampai kat hospital awal tapi menjadi lewat juga untuk daftar gara-gara mencari tempat parking keta. Sangat pack, dah berapa kali papa pusing-pusing sekitar tempat letak keta tu, tapi tetap takde tempat yang kosong. Bila dah fed-up sangat papa blocking kereta lain. Tapi kami still kat situ, kot-kot ada orang yang nak balik dah kan. Masa tungu-tunggu tu, mama nampak seseorang. Macam kenalan masa kat hospital dulu. Anak diorang twins, pun pramatang cam Amanie. Terus mama gitau papa. dan-dan tu papa bunyikan hon keta, bila diorang pandang arah kami, mama pun lambai-lambai tangan. Mula tu diorang pun cam tak perasan. Direnungnya kami lama-lama, baru perasan, terus datang kat kami. Anak diorang pun membesar dengan sihat macam Amanie, cuma anak diorang yang sorang lagi kurang sihat. Sekarang masih di hospital.

Berat Amanie maintain la, 5kg dan tinggi pulak 60cm. Sebelum ni Amanie penah buat cranium ultrasound. Dari report tu, ada ruang kecil 0.8mm kat otak. Doktor bagitau otak manusia ada beberapa lapisan. Mama pun tak arif sangat la bab-bab ni kan. Jadi, berdasarkan report tu, doktor cadangkan untuk buat MRI scan kat Amanie untuk pastikan ruang itu. Doktor perlukan singnature papa untuk meneruskan prosedur tu. Mama dan papa tak tau samada nak teruskan atau tidak sebab kami risau kalau-kalau prosedur tu meninggalkan kesan sampingan pada Amanie. Untuk buat MRI, doktor akan inject sejenis dye kat tangan Amanie, kemudian akan masukkan Amanie kat dalam satu alat lebih kurang cam terowong. Lebih kurang macam orang buat kimoterapi (mama tengok drama tv). cam ngeri je. konfem Amanie melalak la masa proses tu, sedangkan doktor ambik dukung dia sekejap pun dia melalak tak hingat dunia. Akhirnya mama dan papa sepakat, tangguhkan dulu, tunggu next appoinment kami akan bagi keputusan samada nak buat ke tak? Tapi rasa-rasanya taknak buatlah. Insyallah Amanie baik-baik saja. 

semoga puteri kami sentiasa dilindungi-NYA

0 Bisikan Asmara (::