Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Wednesday, October 13, 2010

Maafkan Mama

Assalammualaikum w.b.t

Papa
Maafkan mama sebab sering mengungkit kisah-kisah silam
Lantas sakit hati sendiri
Bukan tidak cuba melupakan segala
Terkadang hati terlalu degil hingga membuatkan jiwa menjadi resah
Sedangkan papa tidak sesekali mempertikaikan kesalahan mama
Kata papa, yang berlalu biarkan ia terus berlalu
Maafkan mama

Papa
Maafkan mama sebab selalu memikirkan yang bukan-bukan
Walau mama tahu itu akan merosakkan hubungan kita
Mama cuba untuk berfikiran positif
Tapi entahlah, ianya sering mengganggu
Tapi papa tetap terima semuanya
Maafkan mama

Papa
Maafkan mama sebab selalu menyusahkan papa
agar menuruti kehendak mama
bukan niat untuk menggongkong
tapi sejarah lalu sering menghantui fikiran mama.
maafkan mama

Papa
Maafkan mama tentang segalanya. mama rasakan seolah mama
tidak kenal erti bersyukur kerna terlalu banyak permintaan dan
selalu memeningkan papa
Maafkan mama

Papa tetap baik dengan mama walaupun
mama perangai macam-macam

Papa
Terima kasih segalanya
Kini mama sedar papa umpama nadi dan nafas buat mama
dalam meneruskan kehidupan ini
Mama tidak tahu bagaimana untuk membalas segalanya
Cuma berharap agar dapat menjaga papa selagi mama masih bernafas.
Tak mahu membiarkan papa disakiti
hanya mahu memberikan kasih sayang tanpa mengharapkan balasan
kerana mama sayang papa

Papa
Terima kasih lagi kerana sanggup melayan kerenah mama yang
kadangkala tidak masuk akal. Degil, keras kepala, keras hati,
suka memberontak
dan banyak lagi..kekurangan melebihi kelebihan
tetapi papa masih bersama mama
dan mama tidak pasti kenapa

Usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidakseindah sulaiman, mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tak setulus Zulaikha, tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tak sesempurna Rasulullah SAW

0 Bisikan Asmara (::