Lilypie Second Birthday tickers

Kesayangan Mama

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

PLEASE TAKE NOTE!!!

POSTAGE: EVERYDAY

ORDER: TEXT/WHATSAPP

017-5267164

Friday, August 27, 2010

Tentang Rindu

Asslammualaikum w.b.t
Di angin lalu...kusampaikan kerinduan..
wajahmu kuterbayang...

Ada apa dengan rindu? Rindu juga suatu anugerah yang indah. yang tak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Hadirnya dari sudut hati yang ikhlas lagi tulus suci. Sukar ditafsirkan definisinya kerana terlalu subjektif untuk dirungkaikan.

Selepas mama habis berpantang, situasi menuntut mama untuk kembali menjalani rutin harian seperti biasa kembali, seperti sebelum kehadiran Amanie dalam hidup mama. Mama kembali berkerja, membantu papa demi sebuah kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga kita. Amanie ditinggalkan di kampung bersama maktok. Hanya jasad mama saja yang tinggalkan Amanie, hati mama tetap bersama-sama Amanie. Tidak perlu untuk menunggu sehari, seminggu, sebulan, juga setahun, untuk merindui puteri kesayangan mama. Sesaat berjauhan denganmu sudah cukup membuatkan hati mama rindu. Teramat rindukan mu wahai anak. Setiap malam, rindu itu pasti bertamu dan papa menjadi saksi rindu itu tatkala, air jernih mengalir dari mata mama menandakan bukti rindu itu. Dua minggu Amanie bersama maktok. Dalam tempoh itu, hari2 mama menghubungi maktok untuk bertanyakan tentang Amanie. Ketika rindu ini tidak terbendung lagi, pada papa mama suarakan hasrat untuk mengambil Amanie semula untuk dijaga sendiri oleh mama dan papa. Papa cukup memahami, akur dengan kehendak mama, mungkin kehendak papa juga.

Kesian maktok. Maktok seolah berat untuk melepaskan Amanie syg. Tapi apakan daya, mama tak betah untuk terus berjauhan dengan dirimu lagi. Kini, hampir sebulan Amanie disisi mama & papa. Rasa rindu itu telah bercambah dihati maktok. Mama tahu walau maktok cuba menafikan. JIka rindu itu tidak pernah sekali singgah diruang hati maktok, masakan hampir setiap hari mama dihubungi untuk bertanyakan perihal Amanie syg. Setiap kali dihubungi pasti Amanie syg sudah lena dibuai mimpi indah. Dipinta maktok untuk kejutkan Amanie hanya untuk mendengar suara Amanie. Walau pada dasarnya, Amanie masih belum mampu untuk berbicara. Hanya bahasa2 bayi saja yg lahir dari bibir comel Amanie, kadang2 hanya rengekan manja, namun itu sudah cukup membahagiakan maktok. Betapa kerinduan itu pernah singgah dihati maktok. Mama dapat rasakan dari getar suaranya. Sesungguhnya rindu itu sangat indah walau ia cukup menyesakkan jiwa.

p/s: Buat mak, maafkan anakandamu kerana bgitu tega membiarkan rindu itu bertamu dihatimu kerna anakandamu ini juga tidak berdaya untuk mengekang rasa rindu yg sering bertandang jika berjauhan....

0 Bisikan Asmara (::